Selasa, 2 November 2010

Glam Magazine's 20 most Glamorous Womens 2010

Hello uols! sorry lama tak update blog, BZ katanya! (Propah) apa apa pun Geng Senah berkesempatan pergi ke GLAM Magazine's 20 most glamorous womens 2010 Party di Celcius, Fahrenheit Bukit Bintang. Antara wanita glamour yang disenaraikan ialah Maya Karin, Sazzy Falak, Zahnita Dorothy Wilsom, Serena C, Cheryl Samad dan ramai lagi. HA! kepada yang diluar sana mengatakan Kak Senah ittew adalah seorang perempuan kampung atau dalam bahasa omputeh Villagers,  telahan anda serong dan menyimpang sama sekali. Geng Senah adalah golongan wanita Urban! hahahahaha gurau je. 


Layan gambar-gambar ini uols!


Barisan-barisan wanita Glam tahun ini.

Nurul, yang turut menghiburkan para tetamu malam itu

Bekas Ratu Malaysia, Deborah Priya, muncul pengacara.

Maya Karin nampak berisi sedikit ye? heheh tetap jelita

penyanyi, Iz Sulaini yang memenangi pakaian terbaik kategori lelaki malam itu, berkonsepkan bling-bling 60-an

Sazzy Falak tetap Vogue walaupun sedang berbadan dua

Rabu, 27 Oktober 2010

Dua Alam, Putar Alam! :P

Sorrylah Kak Senah skang ni pergi bercuti, dan dia minta Kak Nam yang updatekan blog nie, dah macam ada sesawang dah lama benau tak update! Kak Nam sekarang ni nak bercerita pasal filem Dua Alam yang adakan tayangan perdana baru baru ini. Kak Nam tak pergi sebenarnya, tapi Kak Senah pergi dah balik, macam ayam bertelur mulutnya pot pet dok bercerita dengan Kak Nam. Ikuti temubual ekslusif Kak Nam dan Kak Senah ini hehehe.

Kak Senah: aiiyoooo Naaaaammm! macam laha cerita Dua Alam tu, menyesal mak tengok!!!

Nam : Apa kes Nur?!

Senah : Dah la semua benda tak konti, si pompuan aka pondan tu asyik ke kelab pakai baju sama, dah la macam tu, MOTIF KAWIN KAT LONDON ADA POKOK KELAPA KAT BACKGROUND?!

Nam : Aiiyoooo apasal sampai macamn tu skali uolsss?!

Senah : Yelah, riuh satu panggung, kalau mak jadi DR Romzey, Rozmey....eyh...mana manalah, mak dah men-Sheeda-kan diri dah! ANGKAT KAKI!

Nam : Kenapa nyah buat filem macam tu? aiiyooo lagi lagi?!

Senah : Ramai wartawan dan blogger dok update twitter masa tayangan sedang berlangsung, live feed katanya, Akak ni tak sempat sebab mulut ternganga melihat kehazaban cerita ittew. patutnya tajuk filem tu : Flashback-Main sebab asyik flashback, dalam kubur dan adengan lucah.

Nam : Sampai tak 40 Juta? uols rasa?

Senah : 40 Juta rupiah adalah kot! DRR ni patutnya berniaga saja dan tak payahla jadi peniaga filem, diakan peniaga yang bijak, cuma bidang seni ni perlukan bakat. Filem tu patut diijadikan teladan, iaitu, JANGA PROPA...huhuh tapi taktaulah dia punya MLM punye pengikut akan spend berapa untuk tonton filem ni....huhuhuhu lagipun...MOTIF 40 JUTA? Rakyat Malaysia pun ada 20 Juta lebih je uols!

Sabtu, 16 Oktober 2010

Kerajaan Umum duti import 300 barangan berjenama dihapus! Huuuraaaahhh

Semalam sebenarnya Kak Nam takderlah menonton siaran langsung pembentangan Bajet 2010 oleh YAB Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak, namun Kak Nam tetiba mendapat sms dari rakan baik akak bertulis

"Ya Allah Nam! Mimpi kita dah jadi nyata! tak payah nak beli kat Petaling Street atau Sg Wang lagi beg-beg LV, Coach yang nan hado! Duti Import barangan berjenama dah dihapuskan!"


Kak Nam yang cukup meminati hanbag terus hampir pitam, rasa nak penampar kawan akak pun ada sebab ingatkan dia menipu...akak terus baca suratkhabar online, dan yes! its real!

Memetik teks ucapan Datuk Seri Najib :

“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, bola golf, barang kemas tiruan, bedak talkum, syampu, langsir, alas meja, selimut, cadar, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian termasuklah kelambu,” katanya. 


Banyak lagilah yang diumumkan, dan sememangnya pengumuman bajet kali ini bakal menggembirakan kaum wanita khususnya..tak percaya? bacalah artikel Berita Harian nie....Huuuraaaaahhh



Belasungkawa : Pelakon Yalal Chin Meninggal Dunia, Al-Fatihah


Pelakon yang terkenal dengan lakonan hebatnya dalam drama-drama tempatan, Yalal Chin disahkan telah meninggal dunia semalam (15 Oktober 2010). Mari sedekahkan Al Fatihah dan berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Takziah kepada keluarga Allahyarhan.

Rabu, 13 Oktober 2010

Kegirangan dan Tragedi 10/10/10

Maaflah Kak Senah lambat sket nak mengepost blog kali ni, al maklumlah musim kerja-kerja sudah bermula. Di kesempatan ni akak nak bercerita pasal perkahwinan selebriti dan artis pada 10/10/2010 ni, angka yang begitu unik sekali. Kak Senah cadangnya nak kawin tarikh tu jugak tapi takder calon sajork! Antara artis yang melangsungkan perkahwinan pada hari tersebut ialah Bienda dan pasangannya, yang berkahwin secara sederhana.

Hensem juga suami Bienda nie...heheh
Tak lepas diperkatakan tentunya perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor dan pasangannya, Datin Dr Halina Yunus yang dilangsungkan secara gilang gemilang, berkonsepkan kayangan...siap disiarkan di TV3 lagi upacaranya.

Perkahwinan Ala-ala kayangan angkasawan negara yang dilangsungkan gemilang


 Tak lupa juga yang turut melangsungkan perkahwinan pada hari itu ialah bekas penyanyi kumpulan Impression (ingat tak? dengan eizlan yusoff dan Norman Hakim dulu?!!) merangklap pengusaha bas ekspress, Datuk Sani Salleh dan pasangannya, Datin Dalilah Omar di Trengganu.

Kelas juga perkahwinan mereka ni...heheh Tahniah Datuk Sani Salleh dan pasangan.
Dan penyanyi yang dulu digosipkan dengan Datin Umie Aida, Aqasha kini sudah bergelar suami kepada Noor Baizura Mohd Sabri, dengan majlis yang serba kuning, termasuk persalinan kedua-dua mempelai yang mengundang cakap-cakap orang. Alah, takpelah kan, apa salahnya, nama pun raja sehari.

Sampai hari Aqasha sanggup tinggalkan Kak Senah untuk Baizura...heheheh gurau je.
Dalam pada kegembiraan menyambut hari bahagia pasangan-pasangan ini dan juga yang lain, ada juga tragedi berlaku pada hari ini, iaitu kemalangan bas ekspres di Lebuhraya Seremban yang cukup ngeri, mengorbankan lebih 10 nyawa. Mengucap panjang Geng Senah, manakan sangka, ajal maut di tangan tuhan. Takziah kepada keluarga mangsa dan marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada yang terkorban, semuga roh mereka dicucuri rahmat. Al- Fatihah, Amin.....

Ahad, 10 Oktober 2010

Filem Seram Terbaru Arahan Shamsul Yusuf, Meremang Bulu Romaku.

Terus terang Kak Senah katakan, hanya ada beberapa filem seram melayu yang betul2 boleh mencengkam jiwa akak, tapi kali ni nampaknya Shamsul Yusuff Haslam telah berjaya mencuri hati akak dengan trailer filem terbarunya, Khurafat.

Shamsul yang terdahulu pernah menerbitkan filem2 aksi dan cinta boz office nampaknya semakin matang melalui filem Khurafat ini, memang lari dari kepompong ayahnya yang terkenal dengan cerita cinta dan dialog-dialog yang agak baku.

Kak Senah harap filem terbaru Shamsul ini takkan dipenuhi efek bunyi yang tidak perlu, seperti yang terdapat dalam filem-filem seram tempatan yang lain, sebab kalau kita tengok, adegan yang sunyi dan "kosong" itu yang sebenarnya membuatkan kita tak senang duduk. Apa-apa pun tahniah Shamsul!

Jumaat, 8 Oktober 2010

Ragam artis di rumah terbuka Utusan Group (dan Blackberry??)

YES! open house Kak Senah memang tak pernah habis dan mungkin sampai bulan depan pun masih tak habis...heheh alhamdulillah.... baru-baru ni akak menerima undangan ke majlis rumah terbuka Utusan Group, yang diserikan dengan kehadiran artis-artis ternama tanah air. Entah kenapa Kak Senah rasa macam majlis rumah terbuka Blackberry juga, sebab semua orang sibuk dengan Blackbery masing-masing....hehehehehe

Apa-apa pun sila layankan gambar-gambar nie dan kira berapa BlackBerry yang ada!


Maya (Matahari), Maznah Zolkifli dan Haiza sedang bertukar-tukar blackberry Pin?

Hensem kan Fizo




Para jelitawan bersama Rozita Che Wan, sila lihat apa di tangan RCW dan Azza


Pelakon kacak, Syed Ali
Baca seterusnya untuk lebih gambar

Selasa, 5 Oktober 2010

Perihal Artis Wanita Realiti Bermulut Jahat

Sekian rakyat jelata mai Kak Nam nak bercerita mengenai seorang artis wanita dari realiti TV yang sorang nie, muke nampak baik tapi mulut dan hatinya...nauzubillah....CHOIIII simpang malaikat 44. Ni peristiwa yang Kak Nam saksikan dan dengar dari kenalan rapat Kak Nam yang memang dah lama bertapak dalam industri seni. Al kisahnya, kawan Kak Nam ni, yang merupakan orang kuat dalam industri seni, bekerjasama dengan artis ini dan keluarganya untuk seketika. Katanya, pada mula dia nak bekerjasama, memang dah ramai warning mengenai peel artis ini dan keluarganya yang dikatakan kaki kelentong, namun kawan Kak Nam, Mr Polan ni enggan mendengar cakap2 orang, takut orang berniat buruk ke atas artis ini. Tup tup, kena batang hidung sendiri...dahla duit perkhidmatan langsung tidak dibayar, diburukkan lagi nama Mr Polan yang berhempas pulas terguling guling menaikkan nama artis wanita yang sebelum ini di tahap "HADO' ini

.Tak cukup dengan itu, artis wanita yang cukup lemah gemalai percakapannya, menghasut yang lain-lain kononnya mampu menutup rezeki kawan Kak Nam yang sorang ni. Alahai....betullah cakap-cakap orang sebelum ini. Kak Nam tak nafikan artis ni memang cukup berbakat, tapi apa guna bakat yang tuhan beri kalau kita hidup menipu orang, dengki khianat dan langsung tak mengenang budi? Bawak-bawak la bertaubat, tak ke mana pun, industri ni kecil saja....selama ni, namanya yang HADO itu sekadar dipandang sebelah mata, kini, selepas dia mula meniti di bibir orang, sudah mula lupa diri.

Tambah Mr polan ni, bapak kepada artis ni siap salahkan anaknya mengenai duit-duit yang tidak dibayar, kononnya dia tidak tahu menahu. Masakan bapanya tak tahu mengenai duit keluar masuk, kebajikan orang yang bekerja dengan anak awak? Lagipun si bapak itu yang menjaga akaun si anak ini. Mati-mati si bapa ni salahkan anaknya dan si anak pula, terus saja berlagak baik. apakah? kan???






Nasihat Kak Nam, kalau artis macam ni baik berhenti saja menyanyi, nanti lama-lama sorang-sorang dalam industri seni ni awak sengat, tapi AWAS, kalau kena sengat balik tau-tau la bangun sediri selepas tergolek-golek dam dam dum. Kak Nam kenal betul dengan mr Polan ni, sudah lama dia dalam insustri, masakan yang setahun jagung ni mampu menggugat periuk nasinya. Wallahualam.

Isnin, 4 Oktober 2010

Lisa Surihani bakal ganti Misha Omar sebagai Dara? Persoalan dari sudut Geng Senah....

Betulkan primadona seni lakon abad baru, Lisa Surihani bakal menggantikan watak Dara yang dilakonkan Misha Omar dalam teater muzikal Uda dan Dara? Menurut Kak Normah dalam artikelnya dalam Berita Harian, desas-desus memang kuat sebegitu, Kak Senah juga bersetuju dengan pendapatnya yang Lisa mungkin dapat membawa watak Dara dengan lebih baik memandangkan lakonannya semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Misha pula memang dapat berlakon dengan baik namun betul, feel-nya sedikit kurang, semasa Senah sendiri pergi tonton teater itu.







    




                                     VS









Tapi Kak Senah ditanya 1 soalan oleh Kak Nam yang menyiku Kak  Senah ketika kami membaca suratkhabar tersebut iaitu, adakah Lisa dapat menyanyi dengan baik? sebab teater tu kan teater Muzikal. harap Kak Senah sendiri dapat jawapan dari Lisa ye? heheh tunggu....




Sazzy Falak mengandung anak kembar! Tahniah!

Dalam satu kesempatan ke Majlis Anugerah Haruman dan Wangian SASA di Sunway Pyramid baru-baru ini, Kak Senah bersembang dengan Sazzy Falak yang kelihatan semakin berseri.Wah....rupa-rupanya sedang berbadan dua ya....patutlah nampak semakin happy dan comel sangat.Tahniah kepada pasangan Sazzy dan Nazril ye...semoga dapat anak yang comel-comel, but dalam kes ni mungkin anak-anak yang comel kot sebab Senah difahamkan Sazzy sedang hamil anak kembar, wahhhhh sekali beranak dua orang terus ye?! Tahniah sekali lagi.









Ramai yang jeles dengan dagu Sazzy yang runcing tu, original ok!!
Comel kan?Sazzy semakin berseri sejak hamil







Antara selebriti yang hadir, Sazzy, Nazril dan Awal bersama orang kuat Sasa



Pasangan comel dan ideal sedang ditemuramah pengacara


Ahad, 3 Oktober 2010

Wajahmu di Mana-Mana

Lama pulak kak Senah  rasa tak mengepost sebarang cerita kali ni, taktau nak start yang mana satu sebab dah banyak sangat story nak cerita kat uols. Takpe2 uols nantikan ye? Kak Senah tengah mengarang nie...heheh...

Rabu, 29 September 2010

Amber Chia kini seorang ibu



Kak Senah dan rakan-rakan ingin mengucapkan tahniah kepada supermodel negara, Amber Chia yang kini sudahpun bergelar ibu kepad anak lelaki, pada 5 Petang Isnin, 27 September 2010. Amber melahirkan bayinya di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, Selangor. Amber melahirkan anaknya yang cukup sihat secara normal. Baru je Kak Senah berjumpa dengan Amber beberapa hari sebelum itu di satu acara. Tahniah Amber!

Selasa, 28 September 2010

Sisi Matang Lisa Surihani dalam Sekali Lagi?





Pelakon pujaan ramai yang juga menjadi kegemaran Kak Senah, Lisa Surihani bakal digandingkan dengan pelakon yang semakin meningkat naik, Shaheizy Sam. Filem berbentuk komedi romantik  juga bakal menampilkan bintang cilik yang lakonannya yang tidak kurang hebat, Mia Sara Nasuha.


Menurut kenyataan akhbar, filem ke-48 terbitan Metrowealth (MIG) bakal diarahkan oleh orang baru, HAshim Rejab. Mungkin ramai yang sedikit skeptikal dengan filem ini tapi Kak Senah yakin pengarahnya mampu memberikan nafas baru kelak. Tambah -tambah dengan lakonan Lisa dan Sam yang sememangnya mantap dan bersahaja. betul tak?







Menurut pengarah filem Sekali Lagi, Hashim Rejab, selain pembabitan pelakon popular, salah satu kelebihan yang akan ditonjolkan dalam filem yang dijadualkan memulakan penggambaran pada 27 September ini adalah dari sudut sinematografi.Menurutnya,  cerita cinta ini bakal dipapar dari sudut yang berbeza kerana ia menceritakan kisah cinta antara seorang yang percaya dirinya pengidap autisme dan seorang wanita yang berstatus ibu tunggal.Hashim juga akui...


Lagu raya Amirul Jafril, sedap! tapi kenapa jarang didengar ye?



Kak Senah terdengar lagi ni dalam montaj iklan TV9, sedap! macam lagu dulu2 tapi kenapa Kak Senah pernah dengar sekali dua je kat radio ? Kak Senah selidik punya selidik dapatlah cari tuan punya nya...geetuh ini FB-nya.

Amirul Jafril

Promote Your Page Too

Majlis Rumah Terbuka Media Hiburan bikin panik! heheh Meriah



Tak habis habis post pasal rumah terbuka kan? hahahah skarang nie kak Senah nak story pasal Rumah Terbuka Media Hiburan pula di Ipoh Station Antique Cafe di Puchong.


Susah juga nak cari restoran tu tapi berbaloi. Dalam pada tu Kak Senah sampai sana sekitar pukul 1 setengah, sampai je.....Kak Senah tengok tak ramai pulak artis datang, yang ada di situ cuma Azwan Ali dan beberapa artis veteran. Kak Senah  yang sedang cuba mengawal nafsu makan ni tergoda jugak dek lauk pauk yang sedap kat sana. Sedap benau! Majlis pun bermula dan dibuka dengan persembahan spontan pengacara sensai, Azwan Ali yang menjemput artis baru Amirul Jafril berduet bersamanya, kemudian diselang seli dengan persembahan kakitangan Media Hiburan dan beberapa artis veteran. 



Sekitar hampir pukul 3, baru artis-artis baru mula datang, antaranya Alif OIAM, Rizu, Rosma dan Khai, Rozita Che Wan yang kekal meletop,Haiza, Dafi, Maria Tunku Sabri dan ramai lagi. Meriah suasananya!


Nak Gambaq? nah! Baca seterusnya untuk lebih gambaq!
Maria Tunku Sabri, Dafi,Shamsul Ghau-ghau dan anaknya serta Kencana Dewi


Aliff dengan trademark muka terkejutnya


Adakah Azwan Ali dan Amirul Jafril sedang bertukar juadah?

Pelancaran produk baru Ed Pinaud, Joaillerie yang serba mewah

Kak Senah yang tak jemu-jemu dijemput penganjur ke majlis ekslusif (perlu ke statement tu?) telah ke majlis pelancaran produk baru Ed Pinaud, panghasil LamBerger terkenal di Malaysia iaitu Joaillerie, rangkaian barang kemas untuk wanita dan lelaki.

Majlis ringkas yang diadakan hanya sekitar 30 minit itu bagaimanapun dihadiri selebriti-selebriti terkemuka tanah air seperti supermodel Amber Chia, Atilia, Yasmin Hani, Farhan, Amirul Jafril dan para penyanyi cina tempatan.

Dalam pada itu, Kak Senah yang sempat bersembang dengan Amber, difahamkan beliau bakal melahirkan anak lelakinya sekitar minggu ini. Wah rajin betul Amber yang masih menghadiri majlis-majlis ya?

Amber Chia, Yasmin Hani, Farhan, Atilia dan Amirul Jafril tersenyum dapat Lam Berger 
antara koleksi untuk wanita
Sila baca seterusnya untuk lebih gambar Amber Chia yang sedang sarat dan cerita


Majlis Rumah Terbuka Jamu Mak Dara yang Basah! *Jangan fikir lain ye!

Seperti yang Kan Senah propahkan dalam post terdahulu, banyak betul undangan rumah terbuka yang Geng Senah terima tahun ini, termasuklah ke Jamuan Rumah Terbuka Jamu Mak Dara. Disebabkan Kak Senah agak sibuk kerana menerima tempahan karipap, Kak Nam telah dihantar ke majlis tersebut. Ramai juga selebriti yang hadir, antaranya Julie Dahlan, Nanu, Rita Rudaini,Alyah, para finalis Jejaka Kacak Bergaya Pancaindera Mingguan Malaysia dan ramai lagi. Namun rata-rata tetamu tiba agak lewat sebab hujan lebat uols! Basah dan seksi Kak Nam! Mak dara yang of course kekal jelita datang dengan baju merah menyala, memang menyerlah malam tu.
Finalis pencarian jejaka kacak bergaya Pancaindera Mingguan Malaysia

Mak dara bersama tetamu yang hadir




Sila baca seterusnya untuk lebih gambar.

Isnin, 27 September 2010

Ucapan Raya Amy Mastura dan Temubual Ekslusif

Ola Uols! seperti yang kak Senah janjikan, ini dia video ucapan hari raya dari Amy Mastura untuk semua. Dalam pada itu, mengenai perkembangan terkininya Amy menjelaskan dia terlibat dalam beberapa telemovie dan filem. Amy menambah dia cukup gembira dan bersyukur dengan kehidupannya sekarang.Hmmm Kak Senah puji sikap Amy yang sentiasa rendah hati dan bersyukur, takder pernah tamak dan gila glamour.



Amy dalam gebang-gebangnya bersama Kak Senah juga mendedahkan, .....


Meriahnya Rumah Terbuka Amy Mastura dan Fan Club

Penyanyi dan pelakon yang selalu nampak muda remaja, Amy Mastura adalah antara yang menjemput Kak Senah ke majlis rumah terbukanya bersama peminat minggu ini yang diadakan di Restoran Rebung, Bangsar. Kak Senah sebenarnya kagum dengan keakraban ahli-ahli Fanclub Amy Mastura yang sudah lama juga diwujudkan itu. Amy Sendiri selaku tuan rumah begitu ramah dan ceria seperti biasa. Kak Senah bukan nak puji sikap Amy Mastura ni, dari dulu sampai sekarang cukup mesra melayan tetamu dan kawan-kawannya, takder langsung perangai lupa diri, diva atau meninggi diri.

Amy Mastura yang masih nampak muda  remaja

 Sila baca seterusnya untuk lebih ceghitaaaa


Ahad, 26 September 2010

Musim rumah terbuka dah tiba! Jom buat perjanjian!

Musim open house dah tiba! bersusun jadual aktiviti rumah terbuka Kak Senah dan kawan-kawan minggu ni....termasuk rakan rakan dari golongan artis dan selebriti. Adoi~~~ bertambahlah...berat badan Kak Senah macam di pam-pam! jangan uolssss jangan!!! lets make a pledge, kita kena kawal makan....kang....bukan sahaja berat naik, penyakit-penyakit pulak datang....choi! ingat! kalau ada 4 atau 5 open house sehari, makan sikit2 di semua rumah, jangan bedal habis.

Sementara Kak Senah di open house artis2 dan selebriti, Kak Senah akan update uols dengan gambar2 dan temubual ekslusif yang maha panas dengan artis-artis yang ada cerita panas....TUNGGGUUUUUU

Kak Senah, Kak Nam, Rits-rits dan Bedah Loi heheheheh gambar hiasan je uols, bukan kami ye!

Bintang-bintang turun ke bumi menghadiri majlis rumah terbuka Datin Paduka Umie Aida dan Suami

Seperti dalam post terdahulu, Kak Senah and geng geng lain telah dijemput ke rumah terbuka Datin Paduka Umie Aida. Meriah sungguh dengan kehadiran para wartawan, kenalan dan juga bintang-bintang yang mencemar duli ke bumi hahaha (over kan?) Antara selebriti yang hadir ialah Datuk Yusoff Haslam, Zarina Zainudin, Zahida Rafik, Eja (yang comel bersama anaknya malam itu), Yasmin Hani, Amirul Jafril dan ramai lagi. Tak nampak kelibat rakan baik Datin Umie, Erra Fazira malam tu sebab dia sedang sibuk dengan teater Tun Mahathir.

Ini adalah antara gambar-gambar yang sempat Kak Senah uploadkan untuk tatapan anda.
Pasangan tuan rumah, Datin dan Datuk Paduka cukup mesra melayan tetamu.

Zahida Rafik yang kini heboh kononnya telah berkahwin dengan Menteri, bersama  rakan-rakannya.

Baca seterusnya untuk lebih banyak gambar

Sistem Teknologi Dunia lumpuh pada 2013? Paris Hilton?

Hi Uols, Kak Nam sini....baru-baru ni Kak Nam ada terbaca dalam Daily Mail UK, saintis satu dunia tengah serabut sekarang sebab kajian mereka menunjukkan, akan terjadi satu letupan radiasi yang sangat besar di matahari pada 2013 nanti, menyebabkan bumi dilanda gelombang radiasi yang maha dasyat. Menurut artikel itu lagi, semua gelombang magnetik dunia ketika itu akan lumpuh, menyebabkan semua sistem komunikasi, pengangkutan dan teknologi lain akan turut lumpuh buat beberapa ketika. Kejadian itu dikatakan pernah berlaku pada tahun 1859 dan terjadi beberapa ratus tahun sekali. Susah kita nak percaya tapi artikel ini dikeluarkan kebanyakan akhbar antarabangsa utama, tak percaya? klik artikel UK Daily Mail ini.






Mungkin semua umat manusia, termasuk juga Malaysia sedang sibuk berkira-kira tentang penangkapan Paris Hilton di Tokyo atau samaada Lindsay Lohan akan dipenjarakan sekali lagi kot? hahah beringat-ingatlah semua, renungkan....

By the way, Paris Hilton tu nak datang Malaysia buat apa yek? nak kata pandai berlakon....tidak....apakan menyanyi... heheh pendapat kak Nam aje. 

Sabtu, 25 September 2010

Ucapan Raya Datin Umie Aida Kepada Anda!!!!

Assalamualaikum semua! baru-baru ni Kak Senah berkesempatan ke majlis rumah terbuka aktres kegemaran Kak Senah, yang bertambah jelita sejak bergelar isteri, iaitu Datin Paduka Umie Aida yang menadah air mata orang ramai menerusi lakonannya sebagai mangsa cinta dalam Airmata Nur Salina. Meriah sungguh majlisnya dengan kehadiran ramai selebriti meletop yang lain seperti Zahida Rafik, Sofea Jane, Yasmin Hani dan ramai lagi.







Rata-rata hadirin juga memuji keramahan suami Datin Paduka iaitu Datuk Paduka Khairudin yang tak jemu-jemu melayan tetamu. Semoga kalian berdua dilimpahi rezeki dan kebahagiaan...amin.

Dalam pada tu Kak Senah sempat juga minta Datin Umie sampaikan salam raya kepada pembaca blog Geng Senah. Hehehehe tak sangka Datin Paduka kita sorang ni jugak merupakan pembaca setia blog kita yek? hahaha

Khamis, 23 September 2010

MASIF perlu baiki kelemahan

Ni giliran Kak Senah pulak nak cakap.
Baru ni kawan baik Kak Senah si Ritz Ritz tu pergi tengok show MASIF di Pavilion Kuala Lumpur. Bukan apa, si Ritz Ritz ni memang kenal rapat dengan ramai artis tempatan kita ni. Sedang dia duduk asyik bersembang dengan artis dan model yg membuat persembahan di situ, rupa rupa nya pihak penganjur tak bayar duit pada artis yang membuat persembahan malam itu. Geram jugak Kak Senah bila dengar cerita dari Ritz Ritz ni.


Tapi apa apa pun, banyak lagi kelemahan yang pihak MASIF kena perbetulkan. Ramai jugak yang hadhir pada hari itu tak puas hati pasal pihak penganjur amat kelam kabut ketika menganjurkan majlis itu. Dan lepas ini Kak Senah tak sabar rase nye nak tunggu majlis dari MIFA pulak... mesti lagi grand uolsss!!!

Kesian jugak Kak Senah pada artis artis Malaysia ni. Asyik kena tipu jer kan? Teringat dulu penyanyi Fazli Zainal & Ifa Raziah kena tipu pasal pergi buat persembahan kat Taiping, sampai masuk kat Melodi gitu. Selain dari tu Ratu Rock Malaysia & Kumpulan Meet Uncle Hussien pun kena tipu jugak, Mereka buat persembahan untuk KL Fest lagi...Tup tup si penganjur ni lari menghilangkan diri bila artis dah naik pentas. Kadang kadang terpikir jugak Kak Senah ni, tak malu muka ker si penganjur tu? Sah sah selalu berdepan dengan ramai artis.

Nasib baik la Kak Senah ni bukan penyanyi, kalau tidak sure dah Kak Senah mati kelaparan dek kerana penganjur yang kejam tu....


Ramai yang frust bila Paris Hilton tak jadi datang ke Malaysia



Bila jer dapat maklumat Paris Hilton tak jadi datang ke Malaysia, Huh! ramai betul yang frust giler. Ala.. Kak Nam tak kisah, dia nak datang ker? tak nak datang ker? Semua tu tak jadi masalah. Kadang kadang Kak Nam terfikir jugak, bila ada artis Malaysia buat masalah ni...bertalu talu akan mendapat kutukan dari orang ramai. Tu la orang kata "Kera di hutan disusu kan anak dirumah mati kelaparan".

 Apa yg Kak Nam dengar dalam E-news semalam, Paris Hilton kena tahan 6 jam di Airport Tokyo, pasal kes dadah dia tu lah. Dia siap hantar message kat twitter lagi “@ParisHilton: About to take off. Going home now. So dissappointed to miss my fans in Asia. I promise to come back soon. I love you all! Love Paris xoxo” Kalau lah dia masuk ke Malaysia dan bawak dadah, hukuman bunuh jugak ker yang dia akan terima nanti? So bila difikir kan baik tak payah datang jer ke sini. Silap haribulan, Malaysia jugak yang akan kena kutuk dari negara luar nanti kan???.

Kak Nam rasa nak tergelak jugak pasal ada artis Malaysia yang dah meraung raung nak jumpa si Paris Hilton ni. Siap bermegah lagi cakap kat Facebook konon nya dia dapat jemputan exclusive bersama dengan Paris Hilton untuk majlis pelancaran koleksi musim luruh & sejuk (jenama Paris Hilton) di Pavilion pada hari Jumaat ni. Pastu bila Si Paris ni tak jadi datang, maka terkedu la si artis tu. kesian kat dia...hehehehe. Tu la lain kali jangan lah over sangat tau???.

Apa apa pun Kak Nam nak ingatkan pada semua, seburuk mane pun artis Malaysia, Mereka semua masih ada adat ketimuran. Betul tak????

Rabu, 22 September 2010

"Kemerletupan" Magika



Magika....itulah filem yang Kak Senah and the gang nanti-nantikan sejak awal tahun ini. Dibintangi pelakon kacukan Diana Danielle dan Mawi, Magika juga dibarisi pelakon-pelakon ternama yang menjadi pujaan Kak Senah iaitu Ziana Zain, Ning Baizura dan ramai lagi. Tak sabar nak tengok Ziana beraksi sebagai nenek kebayan Vouge dan Ning pula menjadi Puteri Gunung Ledang....wah...PGL bersuara soprano kah? hahah bayangkan cerita lagenda kita diadun digabung, diadunkan dan di "muzikal" kan menjadi seperti siri GLEE.

Dalam pada itu, KRU Studios juga mengumumkan kerjasama dengan produk prabayar telekomunikasi gergasi Celcom Axiata Berhad, prabayar celcom blue sebagai penaja utama  bagi filem ke-5 terbitan KRU Studios iaitu “Magika”.


Kak Senah tak sempat nak pergi tayangan perdananya semalam, dan rata-rata kawan Kak Senah memperkatankan tentang kemerletupan filem ini.......Trailernya...






Ucapan Hari Raya Ifa Raziah kepada semua geng GengSenah

Dalam pada Senah menjamu selera di rumah berbuka Concorde petang tadi, akak terserempak dengan rakan baik Kak Senah, Ratu Suntik yang semakin cantik jelita, Ifa Raziah. Sempat juga Kak Nam yang menemani Kak Senah merakamkan video ucapan hari raya kepada semua pembaca Geng Senah yang sudah mencecah 25 ribu dalam masa sehari sahaja!!!




Dan seperti yang Ifa beritahu dalam video itu, nantikan Zenzoria yang diimport khas dari Amerika itu. MELETOP

Selasa, 21 September 2010

Spekulasi Azwan Ali bersara; pengakuannya kepada Kak Senah

Hi Uols, Kak Senah baru saja pulang dari open house Concorde Hotel di ibu kota tadi. Kak Senah ingatkan biasa2 saja untuk tetamu korporat, datang saja masuk pintu mak ai....ramai jugak artis kat situ, Azwan ali, Ifa Raziah, Melissa Saila, Amirul Jafril dan ramai lagi. Maaflah tak dapat nak upload gambar sebab lupa nak bawak kamera. :p Dalam pada Kak senah dok bersembang dengan selebriti di sana, Senah pun bertanyakan kepada Azwan Ali mengenai kenyataan dalam blognya, kononnya mahu bersara....jawapannya... 



Sedap pula lagu penyanyi baru nie....

Namanya Amirul Jafril, tapi macam mana nak cari full songnya pula? Alahai....ada sape2 boleh tolong?










Amirul Jafril

Promote Your Page Too




   

Harap tak berjanggut menunggu Jangan Pandang Belakang Congkak 2.

Pelakon pujaan hati gengsenah bakal muncul dalam sekuel Jangan Pandang Belakang Congkak 2 yang sudah lama dinantikan. Lisa Surihani bakal sekali lagi membawa watak perempuan seher  sihir cantik lagi vouge. Wah banyak sungguh filem Lisa tahun ni ye? In fact hampir kesemua filem Hit tahun ini adalah lakonan Lisa, agak-agak mampu tak muncul Bintang Paling Popular di ABPH tahun ini? hahaha Kak Senah tak sabar nak tengok.


Apa-apa pun Jangan Pandang Belakang Congkak berkisarkan : (**jangan marah ini Kak Senah paste dari press release**)








Setalah berjaya memulihkan Punai, Asmat dan Johan serta berjaya menewaskan Mustika dalam JPBC yang lalu, Pak Mor yang cedera itu terus menuju ke anak sungai. Di tepi sungai, Pak Mor duduk bersila dan mula membaca jampi menteranya.
Semakin lama semakin laju Pak Mor membaca jampi manteranya. Serentak angin mula bertiup. Semakin lama semakin kencang angin bertiup mengikut kelajuan Pak Mor membaca jampi manteranya. Tiba-tiba tubuh Pak Mor mula mengelupur.
Mulutnya masih kumat kamit membaca jampi manteranya. Tiba-tiba Pak Mor kejang dan serentak dengan itu satu gumpalan asap keluar dari tubuh Pak Mor dan asap itu muncul Mustika.

Fizo raya sakan, panggang kambing untuk tetamu

Amboi tahun ni Kak Senah beraya di Kelantan, dok bersembang-sembang dengan kawan-kawan lama, terkeluar cerita pasal artis tampan lagi sasa, Fizo Omar. Sorang kawan Kak Senah nie, sekampung dengan jejaka idaman Malaya ini.

Amboi, kelas Fizo tahun lepas panggang kambing, tahun ni panggang kambing jugak...asyik panggang kambing je....bila kita nak masak nasi minyak sama-sama ???? (Matila Kak Senah kene pukul dengan peminat Fizo). Satu lagi Kak Senah kagum dengan sikap Fizo yang merendah diri ni. Kekalkan ya Fizo! Kelak makin murah rezeki.

Fizo sedang memanggang kambing untuk kak Senah ooops

Fizo kelihatan macho walaupun sedang memanggang kambing! 

Keluarga bakal mertua Kak Senah...jangan makan hati ye....nanti cepat tua  uolsssss




   



Lisa Surihani yang kucemburui dan kagumi :P

Hi Uols, ini Kak Nam sorang lagi BFF Kak Senah ***Nak enterframe jugak kaaaannnn***

Kak nam nak meluahkan rasa kagum dengan primadona baru industri seni tanah air, tak lain tak bukan si jelita, Lisa Surihani, cantik luar dalam,. sopan dan cukup menghormati orang lain. Satu lagi Kak Nam nak bersembang pasal  kecantika Lisa, tak payah nak buat muke gi jumpa doktor Lim ke...doktor Seng ke... memang natural beauty, tak mekap pun cantik.

Cantik kan Lisa di salah satu majlis perkahwinan rakannya, Lisa bila lagi??
Kak Nam juga kagum dengan pelakon jurusan undang-undang ini, kerana berjaya membuktikan artis juga bijak, bak kata mat salih, "Beauty with a brain". Tahniah dan Kak Nam harap Lisa akan terus merendah diri dan kekalkan kecantikan asli, tak payah cucuk sana cucuk sini. 

Kadang-kadang cemburu dengan kecantikan Lisa, yang cukup asli 

















   
   

Isnin, 20 September 2010

Tak Sabar nak tengok aksi Erra Fazira dalam muzikal Tun Mahathir

Hi uols! ini Rits-rits, BFF Kak Senah....yes!


Rits cuma nak cakap yang i ni tak sabar nak menonton persembahan teater Muzikal Tun Mahathir. Pelakon pujaan hati pengarang jantung i, Erra Fazira akan membawakan watak Tun Siti Hasmah, satu watak yang Rits rasakan akan memberi cabaran yang terbesar dalam hidupnya. Bayangkan! Rits akan menonton idola Rits yang juga digelar Ratu Wig Malaysia membawa watak salah seorang idola Rits iaitu Tun Siti Hasmah. Cepat dapatkan tiket! ada tak yang nak belanja Rits????

Pelakon pujaan hati Rits, Erra Fazira




Bayangkan Ratu Wig kita akan ditransfomasikan menjadi Tun Siti Hasmah 
Klik di sini untuk biodata Erra Fazira 

Tabiat bergambar baru aktres popular

Baru-baru ni Kak Senah sendiri berkesempatan ke acara fesyen, Malaysian Arts.Style.Music and Fashion International Festival atau MASIF di Pavilion Kuala Lumpur. Seronok jugak la sebab ada pertunjukan menarik dan diva-diva Asia Tsa TSa Padila dari Filipina (yang menyanyi lagu tagalog selama 10 minit, tapi vokalnya cukup mantap) dan Ruth Sahanaya, yang terlebih seronok tentunya rakan baik Senah iaitu Rits Rits yang lemah lutut berjumpa Ruth Sahanaya. Dalam pada kak Senah tengah seronok bergambar, kami bergambar dengan seorang aktres terkenal yang kini agak sepi dari industri.....


Ahad, 19 September 2010

Bergelen gelen Airmata untuk Airmata Nur Salina

Gambar-gambar diambil ihsan dari

Damien Wu Kong-Chuen & Eds Arippin






Kak Senah and the geng sempat menonton drama Airmata Nur Salina di TV3 baru-baru ini. Ya Allah, ceritanya cukup menyayat hati. Tak pasal-pasal Kak Senah menyumpah seranah watak suami Salina lakonan aktor berbakat, Remy Ishak yang sanggup menjual isterinya yang kalah berjudi. Lakonan Umie Aida, jangan cakaplah, cukup menyayat hati, tak habis-habis Kak Senah menyumpah seranah bila drama dah sampai kat hujung-hujung. Umie have stepped up her game by playing Nur Salina.

Antara babak menyayat hati dalam drama ini


Terus membaca untuk lebih gambar.