Khamis, 23 September 2010

MASIF perlu baiki kelemahan

Ni giliran Kak Senah pulak nak cakap.
Baru ni kawan baik Kak Senah si Ritz Ritz tu pergi tengok show MASIF di Pavilion Kuala Lumpur. Bukan apa, si Ritz Ritz ni memang kenal rapat dengan ramai artis tempatan kita ni. Sedang dia duduk asyik bersembang dengan artis dan model yg membuat persembahan di situ, rupa rupa nya pihak penganjur tak bayar duit pada artis yang membuat persembahan malam itu. Geram jugak Kak Senah bila dengar cerita dari Ritz Ritz ni.


Tapi apa apa pun, banyak lagi kelemahan yang pihak MASIF kena perbetulkan. Ramai jugak yang hadhir pada hari itu tak puas hati pasal pihak penganjur amat kelam kabut ketika menganjurkan majlis itu. Dan lepas ini Kak Senah tak sabar rase nye nak tunggu majlis dari MIFA pulak... mesti lagi grand uolsss!!!

Kesian jugak Kak Senah pada artis artis Malaysia ni. Asyik kena tipu jer kan? Teringat dulu penyanyi Fazli Zainal & Ifa Raziah kena tipu pasal pergi buat persembahan kat Taiping, sampai masuk kat Melodi gitu. Selain dari tu Ratu Rock Malaysia & Kumpulan Meet Uncle Hussien pun kena tipu jugak, Mereka buat persembahan untuk KL Fest lagi...Tup tup si penganjur ni lari menghilangkan diri bila artis dah naik pentas. Kadang kadang terpikir jugak Kak Senah ni, tak malu muka ker si penganjur tu? Sah sah selalu berdepan dengan ramai artis.

Nasib baik la Kak Senah ni bukan penyanyi, kalau tidak sure dah Kak Senah mati kelaparan dek kerana penganjur yang kejam tu....


2 ulasan:

  1. amboi kak senah! i tetiba tersuke kat blog kak senah! i like!

    BalasPadam
  2. HAHah Kak Senah pun suke uols suke blog kak senah :P

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak GengSenah.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikiran waras sebelum menulis komen di sini. Kami juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis, jadi Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.