Isnin, 27 September 2010

Meriahnya Rumah Terbuka Amy Mastura dan Fan Club

Penyanyi dan pelakon yang selalu nampak muda remaja, Amy Mastura adalah antara yang menjemput Kak Senah ke majlis rumah terbukanya bersama peminat minggu ini yang diadakan di Restoran Rebung, Bangsar. Kak Senah sebenarnya kagum dengan keakraban ahli-ahli Fanclub Amy Mastura yang sudah lama juga diwujudkan itu. Amy Sendiri selaku tuan rumah begitu ramah dan ceria seperti biasa. Kak Senah bukan nak puji sikap Amy Mastura ni, dari dulu sampai sekarang cukup mesra melayan tetamu dan kawan-kawannya, takder langsung perangai lupa diri, diva atau meninggi diri.

Amy Mastura yang masih nampak muda  remaja

 Sila baca seterusnya untuk lebih ceghitaaaa





Selepas saja majlis rumah terbuka ini, sempat juga Kak Senah bersembang lama dengan Amy dan pengurusnya, Nana. Masih seperti dulu, kami bertepuk tampar dan bergurau. Amy menjelaskan yang dia masih aktif dalam dunia hiburan dan lakonan, cuma mungkin sikapnya suka low profile.Nantikah Kak Senah ceritakan dalam post seterusnya ya? siap ada video lagi! jangan marah. Ini antara gambar-gambar yang sempat diupload...Nantikan yang seterusnya!


Siap ada cabutan bertuah lagi!





Penyanyi baru, Amirul Jafril yang turut hadir menang cabutan bertuah, dapat toaster katanya! hahaha





Fan Club Amy Mastura

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak GengSenah.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikiran waras sebelum menulis komen di sini. Kami juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis, jadi Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.