Isnin, 27 September 2010

Ucapan Raya Amy Mastura dan Temubual Ekslusif

Ola Uols! seperti yang kak Senah janjikan, ini dia video ucapan hari raya dari Amy Mastura untuk semua. Dalam pada itu, mengenai perkembangan terkininya Amy menjelaskan dia terlibat dalam beberapa telemovie dan filem. Amy menambah dia cukup gembira dan bersyukur dengan kehidupannya sekarang.Hmmm Kak Senah puji sikap Amy yang sentiasa rendah hati dan bersyukur, takder pernah tamak dan gila glamour.



Amy dalam gebang-gebangnya bersama Kak Senah juga mendedahkan, .....






Beliau sebenarnya mula berlakon dan menyanyi pada waktu yang sama, biarpun ramai yang beranggapan dia bermula sebagai penyanyi. Filem pertama lakonannya ialah KLUE...ingat tak? Amy berkata, dia juga merestui jika ada antara anak-anaknya ingin mengikut langkahnya dalam bidang seni. Tambah Amy, anak keduanya mula menunjukkan minat dalam bidang seni sementara anak sulungnya lebih gemar bidang lain. 

Kak Senah pun tanya Amy, ramai artis-artis enggan anak mereka menceburi bidang seni yang kononnya penuh pancaroba, mengapa Amy pula sebaliknya?

Amy dengan nada yang cukup positif menjawab, yang dia tidak pernah membenci bidang ini dan merasakan dugaan yang dihadapi anak seni sepertinya tidaklah sehebat mana. Katanya dia seronok bermain-main dalam bidang seni. Alhamdulillah, cukup positif Amy nie, Kak Senah harap semua artis berfikiran sepertinya. Sebab itu Amy nampak muda selalu kot?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak GengSenah.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikiran waras sebelum menulis komen di sini. Kami juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis, jadi Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.