Ahad, 19 September 2010

Bergelen gelen Airmata untuk Airmata Nur Salina

Gambar-gambar diambil ihsan dari

Damien Wu Kong-Chuen & Eds Arippin






Kak Senah and the geng sempat menonton drama Airmata Nur Salina di TV3 baru-baru ini. Ya Allah, ceritanya cukup menyayat hati. Tak pasal-pasal Kak Senah menyumpah seranah watak suami Salina lakonan aktor berbakat, Remy Ishak yang sanggup menjual isterinya yang kalah berjudi. Lakonan Umie Aida, jangan cakaplah, cukup menyayat hati, tak habis-habis Kak Senah menyumpah seranah bila drama dah sampai kat hujung-hujung. Umie have stepped up her game by playing Nur Salina.

Antara babak menyayat hati dalam drama ini


Terus membaca untuk lebih gambar.




Ini sipnosisnya :

Air Mata Salina mengisahkan jurnal perjalanan Salina (lakonan Umie Aida) yang sanggup meninggalkan keluarga bagi mengahwini lelaki idamannya, Afkar (Remy Ishak).






Kemudian dalam meniti saat bahagia bersama sepasang cahaya mata, Afkar mula meneroka sesuatu yang tidak pernah difikirkannya dengan melakukan dagangan dadah dan berjudi bagi mendapat pendapatan lebih semata-mata untuk terus membahagiakan isteri tersayang.


Lantas selepas Afkar tersilap langkah hingga terpaksa menggadai isterinya sendiri, Salina tidak mampu menyorokkan perasaan marahnya. Demi tidak mahu terus bersubahat, Salina meminta dilepaskan, namun Afkar menceraikannya.




Lemahnya seorang wanita apabila emosi sudah menyelubungi diri serta keputusan, Salina tidak sengaja membunuh suaminya. Meskipun terlalu sayangkan suaminya, Salina gagal mengawal perasaan. Namun dia tidak lari, sebaliknya mengaku akan tindakannya hingga mengheretnya ke tali gantung.



Menurut petikan temubual yang Kak Senah ambil dari harian Metro, pengarahnya, Erma Fatima berkata antara cabarannya dalam penggambaran telemovie ini uialah beliau terpaksa berdepan kerenah pelakon cilik yang tidak henti-henti menangis di lokasi penggambaran, saya terpaksa menyudahkan beberapa babak penting di dalam penjara dalam masa sehari. Malah kali ini, dia juga perlu menggunakan tali gantung sebenar bagi menghidupkan watak Salina bagi menggambarkan situasi sebenar yang menimpa Salina.

Tahniah Erma, ermmm ni Kak Nam soh Senah tanyaTV3......agak-agak leh tak siar sekali lagi filem nie....best....

Biodata Umie Aida

2 ulasan:

PERHATIAN: Pihak GengSenah.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikiran waras sebelum menulis komen di sini. Kami juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis, jadi Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.