Khamis, 23 September 2010

Ramai yang frust bila Paris Hilton tak jadi datang ke Malaysia



Bila jer dapat maklumat Paris Hilton tak jadi datang ke Malaysia, Huh! ramai betul yang frust giler. Ala.. Kak Nam tak kisah, dia nak datang ker? tak nak datang ker? Semua tu tak jadi masalah. Kadang kadang Kak Nam terfikir jugak, bila ada artis Malaysia buat masalah ni...bertalu talu akan mendapat kutukan dari orang ramai. Tu la orang kata "Kera di hutan disusu kan anak dirumah mati kelaparan".

 Apa yg Kak Nam dengar dalam E-news semalam, Paris Hilton kena tahan 6 jam di Airport Tokyo, pasal kes dadah dia tu lah. Dia siap hantar message kat twitter lagi “@ParisHilton: About to take off. Going home now. So dissappointed to miss my fans in Asia. I promise to come back soon. I love you all! Love Paris xoxo” Kalau lah dia masuk ke Malaysia dan bawak dadah, hukuman bunuh jugak ker yang dia akan terima nanti? So bila difikir kan baik tak payah datang jer ke sini. Silap haribulan, Malaysia jugak yang akan kena kutuk dari negara luar nanti kan???.

Kak Nam rasa nak tergelak jugak pasal ada artis Malaysia yang dah meraung raung nak jumpa si Paris Hilton ni. Siap bermegah lagi cakap kat Facebook konon nya dia dapat jemputan exclusive bersama dengan Paris Hilton untuk majlis pelancaran koleksi musim luruh & sejuk (jenama Paris Hilton) di Pavilion pada hari Jumaat ni. Pastu bila Si Paris ni tak jadi datang, maka terkedu la si artis tu. kesian kat dia...hehehehe. Tu la lain kali jangan lah over sangat tau???.

Apa apa pun Kak Nam nak ingatkan pada semua, seburuk mane pun artis Malaysia, Mereka semua masih ada adat ketimuran. Betul tak????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak GengSenah.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikiran waras sebelum menulis komen di sini. Kami juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis, jadi Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.