Selasa, 21 September 2010

Spekulasi Azwan Ali bersara; pengakuannya kepada Kak Senah

Hi Uols, Kak Senah baru saja pulang dari open house Concorde Hotel di ibu kota tadi. Kak Senah ingatkan biasa2 saja untuk tetamu korporat, datang saja masuk pintu mak ai....ramai jugak artis kat situ, Azwan ali, Ifa Raziah, Melissa Saila, Amirul Jafril dan ramai lagi. Maaflah tak dapat nak upload gambar sebab lupa nak bawak kamera. :p Dalam pada Kak senah dok bersembang dengan selebriti di sana, Senah pun bertanyakan kepada Azwan Ali mengenai kenyataan dalam blognya, kononnya mahu bersara....jawapannya... 



Azwan kata, kini dia tak mahu lagi bergosip atau mengutuk siapa-siapa dalam laman blognya, twitter dan sebagainya. Alhamdulilklah, Azwan kelihatan ikhlas dan tenang selepas balik umrah baru-baru ni. Azwan yang Kak Senah kenal berhati baik, walaupun mulutnya agak pedas.

Semoga kita semua dikurniakan keinsafan di bulan Syawal ini. amin. 

Sila rujuk : post ini 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak GengSenah.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikiran waras sebelum menulis komen di sini. Kami juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis, jadi Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.