Selasa, 28 September 2010

Sisi Matang Lisa Surihani dalam Sekali Lagi?





Pelakon pujaan ramai yang juga menjadi kegemaran Kak Senah, Lisa Surihani bakal digandingkan dengan pelakon yang semakin meningkat naik, Shaheizy Sam. Filem berbentuk komedi romantik  juga bakal menampilkan bintang cilik yang lakonannya yang tidak kurang hebat, Mia Sara Nasuha.


Menurut kenyataan akhbar, filem ke-48 terbitan Metrowealth (MIG) bakal diarahkan oleh orang baru, HAshim Rejab. Mungkin ramai yang sedikit skeptikal dengan filem ini tapi Kak Senah yakin pengarahnya mampu memberikan nafas baru kelak. Tambah -tambah dengan lakonan Lisa dan Sam yang sememangnya mantap dan bersahaja. betul tak?







Menurut pengarah filem Sekali Lagi, Hashim Rejab, selain pembabitan pelakon popular, salah satu kelebihan yang akan ditonjolkan dalam filem yang dijadualkan memulakan penggambaran pada 27 September ini adalah dari sudut sinematografi.Menurutnya,  cerita cinta ini bakal dipapar dari sudut yang berbeza kerana ia menceritakan kisah cinta antara seorang yang percaya dirinya pengidap autisme dan seorang wanita yang berstatus ibu tunggal.Hashim juga akui...



.... filem melibatkan pesakit autisme dan lelaki cacat pernah ditonton menerusi beberapa filem Melayu dan luar negara seperti Melati PutihForrest Gump dan My Name Is Khan.Bagaimanapun, katanya pendekatan yang digunakan filem Sekali Lagi… adalah berbeza berbanding filem-filem yang disenaraikan.




Hashim merupakan salah seorang pengarah muda yang dipilih dalam Skim 10 Pengarah Muda MIG. Sebelum ini, beliau banyak bertindak sebagai pengarah drama dan penolong pengarah filem di MIG.

Tak Sabar ye nak tengok lakonan Lisa kali ni? mungkinkah dia akan bawa watak ibu tunggal itu? wahhh sisi matang Lisa Surihani, I loooike!





8 ulasan:

  1. WAH2...
    Cambest je.
    suka lisa dan suka sam.
    gandingan mantap bersama si comel mia sara

    BalasPadam
  2. aKhiRnYa...tErCaPAi hAsRAt LISa naK bErLAkon nGn SAm....=)

    BalasPadam
  3. sure best kan? dua2 pelakon yang bakal jadi bintang besar

    BalasPadam
  4. sye syg kak lisa...luv u kak lisa...n sye syg adik mia...kwn sye pnye adik...danialimran..dh lah nkl...stu kelas plak 2...

    BalasPadam
  5. kak senah sentiasa sokong lisa!!!antara pelakon ikon malaysia terbaik..majulah industri hiburan untuk negara!!hehehehehe...

    BalasPadam
  6. cm best jaa ehe
    goo goooo lisa

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak GengSenah.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikiran waras sebelum menulis komen di sini. Kami juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis, jadi Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.