Rabu, 22 September 2010

"Kemerletupan" Magika



Magika....itulah filem yang Kak Senah and the gang nanti-nantikan sejak awal tahun ini. Dibintangi pelakon kacukan Diana Danielle dan Mawi, Magika juga dibarisi pelakon-pelakon ternama yang menjadi pujaan Kak Senah iaitu Ziana Zain, Ning Baizura dan ramai lagi. Tak sabar nak tengok Ziana beraksi sebagai nenek kebayan Vouge dan Ning pula menjadi Puteri Gunung Ledang....wah...PGL bersuara soprano kah? hahah bayangkan cerita lagenda kita diadun digabung, diadunkan dan di "muzikal" kan menjadi seperti siri GLEE.

Dalam pada itu, KRU Studios juga mengumumkan kerjasama dengan produk prabayar telekomunikasi gergasi Celcom Axiata Berhad, prabayar celcom blue sebagai penaja utama  bagi filem ke-5 terbitan KRU Studios iaitu “Magika”.


Kak Senah tak sempat nak pergi tayangan perdananya semalam, dan rata-rata kawan Kak Senah memperkatankan tentang kemerletupan filem ini.......Trailernya...
























“Magika” menceritakan tentang Ayu dan Malik, dua beradik yang berada dalam kesedihan selepas kematian ibu mereka. Malik berasa lebih tertekan kerana memikirkan dialah punca utama kematian ibunya. Di suatu senja selepas bertengkar dengan kakaknya, Malik berjalan-jalan di hutan sehinggalah tersesat ke dalam sebuah alam ghaib bernama Magika.

Namun, nasib tidak menyebelahinya. Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan dan pengikutnya Awang Kenit untuk dijadikan bahan ubat jamu muda yang dihasilkan melalui air mata kanak-kanak manusia. Ayu yang terdengar jeritan adiknya cuba menyelamatkan Malik tetapi turut juga terperangkap didalam “Magika”.

Penjelajahan Ayu mencari Malik di “Magika” membuatkan Ayu menempuh pelbagai rintangan. Di situ Ayu dan Malik akan bertemu pelbagai watak mitos kepercayaan orang Melayu diantaranya termasuklah Badang, Naga Tasik Chini, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Pak Pandir, Mahsuri, Hang Tuah dan Panglima-Panglima Melaka, Puteri Gunung Ledang, Bawang Putih, Bawang Merah dan ramai lagi. Yang peliknya watak-watak ini juga bernyanyi sambil berbicara sesama mereka.

Dapatkah Ayu selamatkan Malik serta keluar dari “Magika”? Apa akan terjadi kepada Badang, Nenek Kebayan dan watak-watak lain di “Magika”? Bagaimana Malik dapat mengatasi dilema tentang kematian ibunya?

Secara keseluruhannya, “Magika” mempunyai nilai dan mesej tersendiri yang boleh dijadikan sebagai tauladan. Antaranya nilai kekeluargaan dalam menangani masalah, kepercayaan orang melayu lama dengan pelbagai pantang larang, elemen-elemen fantasi dongeng dan pepatah melayu lama seperti jangan bermain di waktu senja dan banyak lagi.

Penggambaran filem ini mengambil masa selama 30 hari dan dijalankan di beberapa buah lokasi seperti FRIM, UPM, Putrajaya, Ulu Yam dan sebuah studio di Batu Caves.

“Magika” bukan sekadar menampilkan barisan pelakon yang hebat, malah muzik yang di lampirkan bersama sebagai penyampaian dialognya juga bukan sesuatu yang boleh di pertikaikan kehebatannya. Lagu-lagu yang dimuatkan dalam filem ini seperti “Penyembuh Rindu”, “Senyummu Lagi” dan “Kehilangan” nyanyian Mawi dan Diana Daniele, “Gebang” (Maya Karin), “Baik Kau Pulang Segera” (Aznil Hj Nawawi, Diana Daniele, Raja Azura), “Asal Menjadi Cantik” (Ning Baizura), “Rahsia Awet Muda” (Ziana Zain),  “Siapa Lebih Berkuasa” (Mawi, Ziana, Fimie Don, Diana Daniele), “Kita Bersaudara” (KRU), “Tidur Dulu” (Dato’ Jalaluddin, Ogy Ahmad Daud, Diana Danile, Fimie Don), “Mana Nak Lari” (Sharifah Aleya & Amani, Adibah Noor, Ziana Zain), “Naga Tasik Chini” (M.Nasir, Mawi, Diana Daniele, Fimie Don), “Magika” &”Selamat Tinggal” (nyanyian ramai).

Lagu-lagu ini dimuatkan dalam cakera padat “Magika Original Soundtrack” dengan berharga RM19.90 dan juga boleh di beli secara online melalui laman web www.krustudios.com. Lagu ini turut boleh dijadikan sebagai nada pemanggil di telefon bimbit anda khususnya pengguna prabayar celcom blue.

Sebagai langkah mempromosikan filem “Magika”, KRU Studios dan prabayar celcom blue bersepakat dalam menyediakan pelbagai aktiviti promosi bergerak ke seluruh Malaysia. Antaranya seperti 10 Lokasi Jelajah  bersama seperti:
·               Selayang Mall, Selangor (12 Jun 2010)
·               Berjaya Time Square, Kuala Lumpur (19 Jun 2010)
·               Jusco AU Keramat, Kuala Lumpur (27 Jun 2010)
·               Tayangan Amal Diraja Perlis (3 & 4 Julai 2010)
·               Jusco Bukit Raja, Klang (10 Julai 2010)
·               Terminal One, Seremban (11 Julai 2010)
·               Mahkota Parade, Melaka (17 Julai 2010)
·               Kompleks Bukit Jambul, Penang (24 Julai 2010)
·               Taiping Sentral Mall, Perak (31 Julai 2010)

Saksikan “Magika” filem yang bakal menjadi fenomena industri perfileman tempatan sekaligus menjadi filem muzikal pertama terbitan produksi tempatan yang akan berada di pawagam pada 23 September 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak GengSenah.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikiran waras sebelum menulis komen di sini. Kami juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis, jadi Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.