Ahad, 26 September 2010

Bintang-bintang turun ke bumi menghadiri majlis rumah terbuka Datin Paduka Umie Aida dan Suami

Seperti dalam post terdahulu, Kak Senah and geng geng lain telah dijemput ke rumah terbuka Datin Paduka Umie Aida. Meriah sungguh dengan kehadiran para wartawan, kenalan dan juga bintang-bintang yang mencemar duli ke bumi hahaha (over kan?) Antara selebriti yang hadir ialah Datuk Yusoff Haslam, Zarina Zainudin, Zahida Rafik, Eja (yang comel bersama anaknya malam itu), Yasmin Hani, Amirul Jafril dan ramai lagi. Tak nampak kelibat rakan baik Datin Umie, Erra Fazira malam tu sebab dia sedang sibuk dengan teater Tun Mahathir.

Ini adalah antara gambar-gambar yang sempat Kak Senah uploadkan untuk tatapan anda.
Pasangan tuan rumah, Datin dan Datuk Paduka cukup mesra melayan tetamu.

Zahida Rafik yang kini heboh kononnya telah berkahwin dengan Menteri, bersama  rakan-rakannya.

Baca seterusnya untuk lebih banyak gambar

Datin Paduka Umie Aida, Linda Onn dan Vanida Imran cukup ringkas tapi menawan.
Jangan marah Yasmin Hani kerana sedikit seksi, difahamkan dia dari acara fesyen terus meluru ke rumah Datin Paduka Umie kerana kesuntukan masa.
Senyum lebar Fahrin Ahmad yang kekal kacak ni.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak GengSenah.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikiran waras sebelum menulis komen di sini. Kami juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis, jadi Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.