Sabtu, 25 September 2010

Ucapan Raya Datin Umie Aida Kepada Anda!!!!

Assalamualaikum semua! baru-baru ni Kak Senah berkesempatan ke majlis rumah terbuka aktres kegemaran Kak Senah, yang bertambah jelita sejak bergelar isteri, iaitu Datin Paduka Umie Aida yang menadah air mata orang ramai menerusi lakonannya sebagai mangsa cinta dalam Airmata Nur Salina. Meriah sungguh majlisnya dengan kehadiran ramai selebriti meletop yang lain seperti Zahida Rafik, Sofea Jane, Yasmin Hani dan ramai lagi.







Rata-rata hadirin juga memuji keramahan suami Datin Paduka iaitu Datuk Paduka Khairudin yang tak jemu-jemu melayan tetamu. Semoga kalian berdua dilimpahi rezeki dan kebahagiaan...amin.

Dalam pada tu Kak Senah sempat juga minta Datin Umie sampaikan salam raya kepada pembaca blog Geng Senah. Hehehehe tak sangka Datin Paduka kita sorang ni jugak merupakan pembaca setia blog kita yek? hahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak GengSenah.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikiran waras sebelum menulis komen di sini. Kami juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis, jadi Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.