Sabtu, 18 September 2010

Alyah Oh Alyah

Kak Senah bangga tengok penyanyi, Alyah sekarang. Imejnya cukup berbeza dengan penyanyi-penyanyi lain. Biarpun ada yang cakap wanita berusia 29 tahun ini semakin seksilah...semakin pelik, bagi Kak Senah, Alyah mampu membawakan imej sebegini dan baju-bajunya tidaklah seksi sangat, biarpun cukup unik. Ada juga cakap cakap kononnya dia meniru Rihanna dan Lady Gaga. Tapi bagi Kak Senah yang juga peneliti setia dunia fesyen, ada bezanya imej ketiga-tiga ini, kerana Lady Gaga umpama pop art, seumpama pameran seni bergerak manakala Rihanna pula rebellious. Alyah Kak Senag tengok membawakan imej yang edgy tetapi masih sopan, dengan penerapan elemen-elemen industrial dan futuristik. Industri kita perlukan pembaharuan dan Alyah telah bawakan pembaharuan....bukan? Ish pandai-pandai pulak Kak Senah mengomen ye? hahahaha.


Penyanyi wanita mana yang berani bawakan imej sebegini? cuba namakan seorang. Kak Senah percaya wanita yang kuat berusaha dalam industri hiburan ini mampu membawa sesuatu yang cukup istimewa kepada kita suatu hari nanti. Tak percaya? cuba tonton video ini.



Biodata Alyah <-----klik di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak GengSenah.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikiran waras sebelum menulis komen di sini. Kami juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis, jadi Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.