Selasa, 28 September 2010

Pelancaran produk baru Ed Pinaud, Joaillerie yang serba mewah

Kak Senah yang tak jemu-jemu dijemput penganjur ke majlis ekslusif (perlu ke statement tu?) telah ke majlis pelancaran produk baru Ed Pinaud, panghasil LamBerger terkenal di Malaysia iaitu Joaillerie, rangkaian barang kemas untuk wanita dan lelaki.

Majlis ringkas yang diadakan hanya sekitar 30 minit itu bagaimanapun dihadiri selebriti-selebriti terkemuka tanah air seperti supermodel Amber Chia, Atilia, Yasmin Hani, Farhan, Amirul Jafril dan para penyanyi cina tempatan.

Dalam pada itu, Kak Senah yang sempat bersembang dengan Amber, difahamkan beliau bakal melahirkan anak lelakinya sekitar minggu ini. Wah rajin betul Amber yang masih menghadiri majlis-majlis ya?

Amber Chia, Yasmin Hani, Farhan, Atilia dan Amirul Jafril tersenyum dapat Lam Berger 
antara koleksi untuk wanita
Sila baca seterusnya untuk lebih gambar Amber Chia yang sedang sarat dan cerita





Apa pun terima kasih Ed Pinaud kerana menyumbangkan perfume dan Lamp Berger free kepada Kak Senah, yeah! Spa Estebel juga! :P


Antara selebriti yang duduk di barisan hadapan





Kandungan Amber Chia yang sudah menjangkau usia lebih 8 bulan



Dan lagi :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak GengSenah.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikiran waras sebelum menulis komen di sini. Kami juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis, jadi Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.