Rabu, 13 Oktober 2010

Kegirangan dan Tragedi 10/10/10

Maaflah Kak Senah lambat sket nak mengepost blog kali ni, al maklumlah musim kerja-kerja sudah bermula. Di kesempatan ni akak nak bercerita pasal perkahwinan selebriti dan artis pada 10/10/2010 ni, angka yang begitu unik sekali. Kak Senah cadangnya nak kawin tarikh tu jugak tapi takder calon sajork! Antara artis yang melangsungkan perkahwinan pada hari tersebut ialah Bienda dan pasangannya, yang berkahwin secara sederhana.

Hensem juga suami Bienda nie...heheh
Tak lepas diperkatakan tentunya perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor dan pasangannya, Datin Dr Halina Yunus yang dilangsungkan secara gilang gemilang, berkonsepkan kayangan...siap disiarkan di TV3 lagi upacaranya.

Perkahwinan Ala-ala kayangan angkasawan negara yang dilangsungkan gemilang


 Tak lupa juga yang turut melangsungkan perkahwinan pada hari itu ialah bekas penyanyi kumpulan Impression (ingat tak? dengan eizlan yusoff dan Norman Hakim dulu?!!) merangklap pengusaha bas ekspress, Datuk Sani Salleh dan pasangannya, Datin Dalilah Omar di Trengganu.

Kelas juga perkahwinan mereka ni...heheh Tahniah Datuk Sani Salleh dan pasangan.
Dan penyanyi yang dulu digosipkan dengan Datin Umie Aida, Aqasha kini sudah bergelar suami kepada Noor Baizura Mohd Sabri, dengan majlis yang serba kuning, termasuk persalinan kedua-dua mempelai yang mengundang cakap-cakap orang. Alah, takpelah kan, apa salahnya, nama pun raja sehari.

Sampai hari Aqasha sanggup tinggalkan Kak Senah untuk Baizura...heheheh gurau je.
Dalam pada kegembiraan menyambut hari bahagia pasangan-pasangan ini dan juga yang lain, ada juga tragedi berlaku pada hari ini, iaitu kemalangan bas ekspres di Lebuhraya Seremban yang cukup ngeri, mengorbankan lebih 10 nyawa. Mengucap panjang Geng Senah, manakan sangka, ajal maut di tangan tuhan. Takziah kepada keluarga mangsa dan marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada yang terkorban, semuga roh mereka dicucuri rahmat. Al- Fatihah, Amin.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak GengSenah.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikiran waras sebelum menulis komen di sini. Kami juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis, jadi Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.