Selasa, 5 Oktober 2010

Perihal Artis Wanita Realiti Bermulut Jahat

Sekian rakyat jelata mai Kak Nam nak bercerita mengenai seorang artis wanita dari realiti TV yang sorang nie, muke nampak baik tapi mulut dan hatinya...nauzubillah....CHOIIII simpang malaikat 44. Ni peristiwa yang Kak Nam saksikan dan dengar dari kenalan rapat Kak Nam yang memang dah lama bertapak dalam industri seni. Al kisahnya, kawan Kak Nam ni, yang merupakan orang kuat dalam industri seni, bekerjasama dengan artis ini dan keluarganya untuk seketika. Katanya, pada mula dia nak bekerjasama, memang dah ramai warning mengenai peel artis ini dan keluarganya yang dikatakan kaki kelentong, namun kawan Kak Nam, Mr Polan ni enggan mendengar cakap2 orang, takut orang berniat buruk ke atas artis ini. Tup tup, kena batang hidung sendiri...dahla duit perkhidmatan langsung tidak dibayar, diburukkan lagi nama Mr Polan yang berhempas pulas terguling guling menaikkan nama artis wanita yang sebelum ini di tahap "HADO' ini

.Tak cukup dengan itu, artis wanita yang cukup lemah gemalai percakapannya, menghasut yang lain-lain kononnya mampu menutup rezeki kawan Kak Nam yang sorang ni. Alahai....betullah cakap-cakap orang sebelum ini. Kak Nam tak nafikan artis ni memang cukup berbakat, tapi apa guna bakat yang tuhan beri kalau kita hidup menipu orang, dengki khianat dan langsung tak mengenang budi? Bawak-bawak la bertaubat, tak ke mana pun, industri ni kecil saja....selama ni, namanya yang HADO itu sekadar dipandang sebelah mata, kini, selepas dia mula meniti di bibir orang, sudah mula lupa diri.

Tambah Mr polan ni, bapak kepada artis ni siap salahkan anaknya mengenai duit-duit yang tidak dibayar, kononnya dia tidak tahu menahu. Masakan bapanya tak tahu mengenai duit keluar masuk, kebajikan orang yang bekerja dengan anak awak? Lagipun si bapak itu yang menjaga akaun si anak ini. Mati-mati si bapa ni salahkan anaknya dan si anak pula, terus saja berlagak baik. apakah? kan???






Nasihat Kak Nam, kalau artis macam ni baik berhenti saja menyanyi, nanti lama-lama sorang-sorang dalam industri seni ni awak sengat, tapi AWAS, kalau kena sengat balik tau-tau la bangun sediri selepas tergolek-golek dam dam dum. Kak Nam kenal betul dengan mr Polan ni, sudah lama dia dalam insustri, masakan yang setahun jagung ni mampu menggugat periuk nasinya. Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak GengSenah.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikiran waras sebelum menulis komen di sini. Kami juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis, jadi Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.