Ahad, 10 Oktober 2010

Filem Seram Terbaru Arahan Shamsul Yusuf, Meremang Bulu Romaku.

Terus terang Kak Senah katakan, hanya ada beberapa filem seram melayu yang betul2 boleh mencengkam jiwa akak, tapi kali ni nampaknya Shamsul Yusuff Haslam telah berjaya mencuri hati akak dengan trailer filem terbarunya, Khurafat.

Shamsul yang terdahulu pernah menerbitkan filem2 aksi dan cinta boz office nampaknya semakin matang melalui filem Khurafat ini, memang lari dari kepompong ayahnya yang terkenal dengan cerita cinta dan dialog-dialog yang agak baku.

Kak Senah harap filem terbaru Shamsul ini takkan dipenuhi efek bunyi yang tidak perlu, seperti yang terdapat dalam filem-filem seram tempatan yang lain, sebab kalau kita tengok, adegan yang sunyi dan "kosong" itu yang sebenarnya membuatkan kita tak senang duduk. Apa-apa pun tahniah Shamsul!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak GengSenah.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikiran waras sebelum menulis komen di sini. Kami juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis, jadi Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.