Sabtu, 16 Oktober 2010

Kerajaan Umum duti import 300 barangan berjenama dihapus! Huuuraaaahhh

Semalam sebenarnya Kak Nam takderlah menonton siaran langsung pembentangan Bajet 2010 oleh YAB Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak, namun Kak Nam tetiba mendapat sms dari rakan baik akak bertulis

"Ya Allah Nam! Mimpi kita dah jadi nyata! tak payah nak beli kat Petaling Street atau Sg Wang lagi beg-beg LV, Coach yang nan hado! Duti Import barangan berjenama dah dihapuskan!"


Kak Nam yang cukup meminati hanbag terus hampir pitam, rasa nak penampar kawan akak pun ada sebab ingatkan dia menipu...akak terus baca suratkhabar online, dan yes! its real!

Memetik teks ucapan Datuk Seri Najib :

“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, bola golf, barang kemas tiruan, bedak talkum, syampu, langsir, alas meja, selimut, cadar, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian termasuklah kelambu,” katanya. 


Banyak lagilah yang diumumkan, dan sememangnya pengumuman bajet kali ini bakal menggembirakan kaum wanita khususnya..tak percaya? bacalah artikel Berita Harian nie....Huuuraaaaahhh



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak GengSenah.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikiran waras sebelum menulis komen di sini. Kami juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis, jadi Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.