Isnin, 20 September 2010

Tabiat bergambar baru aktres popular

Baru-baru ni Kak Senah sendiri berkesempatan ke acara fesyen, Malaysian Arts.Style.Music and Fashion International Festival atau MASIF di Pavilion Kuala Lumpur. Seronok jugak la sebab ada pertunjukan menarik dan diva-diva Asia Tsa TSa Padila dari Filipina (yang menyanyi lagu tagalog selama 10 minit, tapi vokalnya cukup mantap) dan Ruth Sahanaya, yang terlebih seronok tentunya rakan baik Senah iaitu Rits Rits yang lemah lutut berjumpa Ruth Sahanaya. Dalam pada kak Senah tengah seronok bergambar, kami bergambar dengan seorang aktres terkenal yang kini agak sepi dari industri.....




Aktres itu masih lagi ramah seperti dulu, berkeping-keping juga kami snap. Tapi tiba-tiba aktes itu minta tengok kamera akak, dan minta padamkan beberapa gambar kami yang tidak puas hati. Kak Senah takdalah terkejut sangat, tapi rakan-rakan sekeliling mula mencuit, selepas kami bergambar. Oh, rupa-rupanya itu pe'el baru aktres berpengalaman itu. Orang yang bergambarnya khabarnya diminta tunjukkan gambar dahulu dan si pengambil, tidak kira peminat atau wartawan diminta padamkan gambar yang dia tidak suka.Hmmmm Kak Senah tak kisah sangat, mungkin dia taknak nampak garis-garis jahitan yang baru di wajahnya yang semakin cantik itu....oooopss!











2 ulasan:

  1. siapa agknye?n pe mksod nye garis2 jahitan?huhu..

    BalasPadam
  2. Hahahah itu Kak Senah tak berani cakap...nanti kene saman dik hehehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak GengSenah.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikiran waras sebelum menulis komen di sini. Kami juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis, jadi Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.