Selasa, 21 September 2010

Harap tak berjanggut menunggu Jangan Pandang Belakang Congkak 2.

Pelakon pujaan hati gengsenah bakal muncul dalam sekuel Jangan Pandang Belakang Congkak 2 yang sudah lama dinantikan. Lisa Surihani bakal sekali lagi membawa watak perempuan seher  sihir cantik lagi vouge. Wah banyak sungguh filem Lisa tahun ni ye? In fact hampir kesemua filem Hit tahun ini adalah lakonan Lisa, agak-agak mampu tak muncul Bintang Paling Popular di ABPH tahun ini? hahaha Kak Senah tak sabar nak tengok.


Apa-apa pun Jangan Pandang Belakang Congkak berkisarkan : (**jangan marah ini Kak Senah paste dari press release**)








Setalah berjaya memulihkan Punai, Asmat dan Johan serta berjaya menewaskan Mustika dalam JPBC yang lalu, Pak Mor yang cedera itu terus menuju ke anak sungai. Di tepi sungai, Pak Mor duduk bersila dan mula membaca jampi menteranya.
Semakin lama semakin laju Pak Mor membaca jampi manteranya. Serentak angin mula bertiup. Semakin lama semakin kencang angin bertiup mengikut kelajuan Pak Mor membaca jampi manteranya. Tiba-tiba tubuh Pak Mor mula mengelupur.
Mulutnya masih kumat kamit membaca jampi manteranya. Tiba-tiba Pak Mor kejang dan serentak dengan itu satu gumpalan asap keluar dari tubuh Pak Mor dan asap itu muncul Mustika.



Setelah Mustika keluar dari tubuh Pak Mor, Pak Mor kembali pulih seperti sedia kala. Rupa-rupanya Pak Mor ada hubungan dengan Mustika dan mereka telah berpakat untuk mengambil semua harata dan saka-saka Pak Sudir setelah kematian Pak Sudir. Dengan mengambil kesemua saka-saka Pak Sudir.
Dengan mengambil kesemua saka-saka Pak Sudir, Pak Mor dan Mustika akan kekal muda untuk selama-lamanya tetapi kedatangan Punai, Asamat dan Jihan telah menggagalkan rancangan mereka. Jadi, Pak Mor dan Mustika bertekad untuk menghapuskan Punai, Asmat dan Johan. Selagi Punai, Asmat dan Johan tidak dihapuskan, harta dan saka-saka arwah Pak Sudir tidak akan jatuh ketangan Pak Mor dan Mustika.
Dengan kuasa yang ada, Pak Mor dan Mustika mencuba untuk membunuh Asmat dan Punai tetapi gagal. Akhirnya Punai dan Asmat berjaya melarikan diri. Punai dan Asmat kemudian berhenti di satu tempat. Punai memberitahu Asmat bahawa tiada gunanya mereka melarikan diri kerana Pak Mor dan Mustika akan sentiasa mencari dan mengejar mereka. Asmat memberitahu ada seorang bomoh yang dirasakan boleh menolong mereka iaitu Wak Ketari.
Lalu mereka pun pergi mencari rumah Wak Ketari. Mereka menceritakan apa yang terjadi kepada diri mereka dan mereka ingin menuntut ilmu kebomohan dari Wak Ketari. Wak Ketari bersetuju untuk menagajar mereka tetapi mengenangkan syarat-syarat yang ketat mesti mereka patuhi. Pada mulanya mereka keberatan kerana syarat yang dikenakan terlalu ketat.

Nantikan pengakhiran cerita ini dalam Jangan Pandang Belakang Congkok Congkak.

Agak-agak Kak Senah boleh tak dapat tiket free....hahaha lariiiii















  

7 ulasan:

  1. KAk Senag pun tak pasti dik, mungkin kita kena tengok filemnya

    BalasPadam
  2. alaa...
    tak best la klau takde shaheizy sam...
    :(

    BalasPadam
  3. haha . nice nice :)))))
    jap . cite ni pasal apa ek ? lisa surihani cute lah pakai camtu :)

    BalasPadam
  4. pasti tengok ny .. ily lisa .. tp cter lbs ( lagenda budak setan ) jd tak best bile da bruba actrss .. nk lisa jgak .. hau3

    BalasPadam
  5. mmng best cerita nih!!mcm2 aksi ade!!kak senah pun tak sabr nih!!!

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak GengSenah.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikiran waras sebelum menulis komen di sini. Kami juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis, jadi Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.