Rabu, 29 September 2010

Amber Chia kini seorang ibu



Kak Senah dan rakan-rakan ingin mengucapkan tahniah kepada supermodel negara, Amber Chia yang kini sudahpun bergelar ibu kepad anak lelaki, pada 5 Petang Isnin, 27 September 2010. Amber melahirkan bayinya di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, Selangor. Amber melahirkan anaknya yang cukup sihat secara normal. Baru je Kak Senah berjumpa dengan Amber beberapa hari sebelum itu di satu acara. Tahniah Amber!

Selasa, 28 September 2010

Sisi Matang Lisa Surihani dalam Sekali Lagi?





Pelakon pujaan ramai yang juga menjadi kegemaran Kak Senah, Lisa Surihani bakal digandingkan dengan pelakon yang semakin meningkat naik, Shaheizy Sam. Filem berbentuk komedi romantik  juga bakal menampilkan bintang cilik yang lakonannya yang tidak kurang hebat, Mia Sara Nasuha.


Menurut kenyataan akhbar, filem ke-48 terbitan Metrowealth (MIG) bakal diarahkan oleh orang baru, HAshim Rejab. Mungkin ramai yang sedikit skeptikal dengan filem ini tapi Kak Senah yakin pengarahnya mampu memberikan nafas baru kelak. Tambah -tambah dengan lakonan Lisa dan Sam yang sememangnya mantap dan bersahaja. betul tak?







Menurut pengarah filem Sekali Lagi, Hashim Rejab, selain pembabitan pelakon popular, salah satu kelebihan yang akan ditonjolkan dalam filem yang dijadualkan memulakan penggambaran pada 27 September ini adalah dari sudut sinematografi.Menurutnya,  cerita cinta ini bakal dipapar dari sudut yang berbeza kerana ia menceritakan kisah cinta antara seorang yang percaya dirinya pengidap autisme dan seorang wanita yang berstatus ibu tunggal.Hashim juga akui...


Lagu raya Amirul Jafril, sedap! tapi kenapa jarang didengar ye?



Kak Senah terdengar lagi ni dalam montaj iklan TV9, sedap! macam lagu dulu2 tapi kenapa Kak Senah pernah dengar sekali dua je kat radio ? Kak Senah selidik punya selidik dapatlah cari tuan punya nya...geetuh ini FB-nya.

Amirul Jafril

Promote Your Page Too

Majlis Rumah Terbuka Media Hiburan bikin panik! heheh Meriah



Tak habis habis post pasal rumah terbuka kan? hahahah skarang nie kak Senah nak story pasal Rumah Terbuka Media Hiburan pula di Ipoh Station Antique Cafe di Puchong.


Susah juga nak cari restoran tu tapi berbaloi. Dalam pada tu Kak Senah sampai sana sekitar pukul 1 setengah, sampai je.....Kak Senah tengok tak ramai pulak artis datang, yang ada di situ cuma Azwan Ali dan beberapa artis veteran. Kak Senah  yang sedang cuba mengawal nafsu makan ni tergoda jugak dek lauk pauk yang sedap kat sana. Sedap benau! Majlis pun bermula dan dibuka dengan persembahan spontan pengacara sensai, Azwan Ali yang menjemput artis baru Amirul Jafril berduet bersamanya, kemudian diselang seli dengan persembahan kakitangan Media Hiburan dan beberapa artis veteran. 



Sekitar hampir pukul 3, baru artis-artis baru mula datang, antaranya Alif OIAM, Rizu, Rosma dan Khai, Rozita Che Wan yang kekal meletop,Haiza, Dafi, Maria Tunku Sabri dan ramai lagi. Meriah suasananya!


Nak Gambaq? nah! Baca seterusnya untuk lebih gambaq!
Maria Tunku Sabri, Dafi,Shamsul Ghau-ghau dan anaknya serta Kencana Dewi


Aliff dengan trademark muka terkejutnya


Adakah Azwan Ali dan Amirul Jafril sedang bertukar juadah?

Pelancaran produk baru Ed Pinaud, Joaillerie yang serba mewah

Kak Senah yang tak jemu-jemu dijemput penganjur ke majlis ekslusif (perlu ke statement tu?) telah ke majlis pelancaran produk baru Ed Pinaud, panghasil LamBerger terkenal di Malaysia iaitu Joaillerie, rangkaian barang kemas untuk wanita dan lelaki.

Majlis ringkas yang diadakan hanya sekitar 30 minit itu bagaimanapun dihadiri selebriti-selebriti terkemuka tanah air seperti supermodel Amber Chia, Atilia, Yasmin Hani, Farhan, Amirul Jafril dan para penyanyi cina tempatan.

Dalam pada itu, Kak Senah yang sempat bersembang dengan Amber, difahamkan beliau bakal melahirkan anak lelakinya sekitar minggu ini. Wah rajin betul Amber yang masih menghadiri majlis-majlis ya?

Amber Chia, Yasmin Hani, Farhan, Atilia dan Amirul Jafril tersenyum dapat Lam Berger 
antara koleksi untuk wanita
Sila baca seterusnya untuk lebih gambar Amber Chia yang sedang sarat dan cerita


Majlis Rumah Terbuka Jamu Mak Dara yang Basah! *Jangan fikir lain ye!

Seperti yang Kan Senah propahkan dalam post terdahulu, banyak betul undangan rumah terbuka yang Geng Senah terima tahun ini, termasuklah ke Jamuan Rumah Terbuka Jamu Mak Dara. Disebabkan Kak Senah agak sibuk kerana menerima tempahan karipap, Kak Nam telah dihantar ke majlis tersebut. Ramai juga selebriti yang hadir, antaranya Julie Dahlan, Nanu, Rita Rudaini,Alyah, para finalis Jejaka Kacak Bergaya Pancaindera Mingguan Malaysia dan ramai lagi. Namun rata-rata tetamu tiba agak lewat sebab hujan lebat uols! Basah dan seksi Kak Nam! Mak dara yang of course kekal jelita datang dengan baju merah menyala, memang menyerlah malam tu.
Finalis pencarian jejaka kacak bergaya Pancaindera Mingguan Malaysia

Mak dara bersama tetamu yang hadir




Sila baca seterusnya untuk lebih gambar.

Isnin, 27 September 2010

Ucapan Raya Amy Mastura dan Temubual Ekslusif

Ola Uols! seperti yang kak Senah janjikan, ini dia video ucapan hari raya dari Amy Mastura untuk semua. Dalam pada itu, mengenai perkembangan terkininya Amy menjelaskan dia terlibat dalam beberapa telemovie dan filem. Amy menambah dia cukup gembira dan bersyukur dengan kehidupannya sekarang.Hmmm Kak Senah puji sikap Amy yang sentiasa rendah hati dan bersyukur, takder pernah tamak dan gila glamour.



Amy dalam gebang-gebangnya bersama Kak Senah juga mendedahkan, .....