Rabu, 13 Oktober 2010

Kegirangan dan Tragedi 10/10/10

Maaflah Kak Senah lambat sket nak mengepost blog kali ni, al maklumlah musim kerja-kerja sudah bermula. Di kesempatan ni akak nak bercerita pasal perkahwinan selebriti dan artis pada 10/10/2010 ni, angka yang begitu unik sekali. Kak Senah cadangnya nak kawin tarikh tu jugak tapi takder calon sajork! Antara artis yang melangsungkan perkahwinan pada hari tersebut ialah Bienda dan pasangannya, yang berkahwin secara sederhana.

Hensem juga suami Bienda nie...heheh
Tak lepas diperkatakan tentunya perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor dan pasangannya, Datin Dr Halina Yunus yang dilangsungkan secara gilang gemilang, berkonsepkan kayangan...siap disiarkan di TV3 lagi upacaranya.

Perkahwinan Ala-ala kayangan angkasawan negara yang dilangsungkan gemilang


 Tak lupa juga yang turut melangsungkan perkahwinan pada hari itu ialah bekas penyanyi kumpulan Impression (ingat tak? dengan eizlan yusoff dan Norman Hakim dulu?!!) merangklap pengusaha bas ekspress, Datuk Sani Salleh dan pasangannya, Datin Dalilah Omar di Trengganu.

Kelas juga perkahwinan mereka ni...heheh Tahniah Datuk Sani Salleh dan pasangan.
Dan penyanyi yang dulu digosipkan dengan Datin Umie Aida, Aqasha kini sudah bergelar suami kepada Noor Baizura Mohd Sabri, dengan majlis yang serba kuning, termasuk persalinan kedua-dua mempelai yang mengundang cakap-cakap orang. Alah, takpelah kan, apa salahnya, nama pun raja sehari.

Sampai hari Aqasha sanggup tinggalkan Kak Senah untuk Baizura...heheheh gurau je.
Dalam pada kegembiraan menyambut hari bahagia pasangan-pasangan ini dan juga yang lain, ada juga tragedi berlaku pada hari ini, iaitu kemalangan bas ekspres di Lebuhraya Seremban yang cukup ngeri, mengorbankan lebih 10 nyawa. Mengucap panjang Geng Senah, manakan sangka, ajal maut di tangan tuhan. Takziah kepada keluarga mangsa dan marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada yang terkorban, semuga roh mereka dicucuri rahmat. Al- Fatihah, Amin.....

Ahad, 10 Oktober 2010

Filem Seram Terbaru Arahan Shamsul Yusuf, Meremang Bulu Romaku.

Terus terang Kak Senah katakan, hanya ada beberapa filem seram melayu yang betul2 boleh mencengkam jiwa akak, tapi kali ni nampaknya Shamsul Yusuff Haslam telah berjaya mencuri hati akak dengan trailer filem terbarunya, Khurafat.

Shamsul yang terdahulu pernah menerbitkan filem2 aksi dan cinta boz office nampaknya semakin matang melalui filem Khurafat ini, memang lari dari kepompong ayahnya yang terkenal dengan cerita cinta dan dialog-dialog yang agak baku.

Kak Senah harap filem terbaru Shamsul ini takkan dipenuhi efek bunyi yang tidak perlu, seperti yang terdapat dalam filem-filem seram tempatan yang lain, sebab kalau kita tengok, adegan yang sunyi dan "kosong" itu yang sebenarnya membuatkan kita tak senang duduk. Apa-apa pun tahniah Shamsul!

Jumaat, 8 Oktober 2010

Ragam artis di rumah terbuka Utusan Group (dan Blackberry??)

YES! open house Kak Senah memang tak pernah habis dan mungkin sampai bulan depan pun masih tak habis...heheh alhamdulillah.... baru-baru ni akak menerima undangan ke majlis rumah terbuka Utusan Group, yang diserikan dengan kehadiran artis-artis ternama tanah air. Entah kenapa Kak Senah rasa macam majlis rumah terbuka Blackberry juga, sebab semua orang sibuk dengan Blackbery masing-masing....hehehehehe

Apa-apa pun sila layankan gambar-gambar nie dan kira berapa BlackBerry yang ada!


Maya (Matahari), Maznah Zolkifli dan Haiza sedang bertukar-tukar blackberry Pin?

Hensem kan Fizo




Para jelitawan bersama Rozita Che Wan, sila lihat apa di tangan RCW dan Azza


Pelakon kacak, Syed Ali
Baca seterusnya untuk lebih gambar

Selasa, 5 Oktober 2010

Perihal Artis Wanita Realiti Bermulut Jahat

Sekian rakyat jelata mai Kak Nam nak bercerita mengenai seorang artis wanita dari realiti TV yang sorang nie, muke nampak baik tapi mulut dan hatinya...nauzubillah....CHOIIII simpang malaikat 44. Ni peristiwa yang Kak Nam saksikan dan dengar dari kenalan rapat Kak Nam yang memang dah lama bertapak dalam industri seni. Al kisahnya, kawan Kak Nam ni, yang merupakan orang kuat dalam industri seni, bekerjasama dengan artis ini dan keluarganya untuk seketika. Katanya, pada mula dia nak bekerjasama, memang dah ramai warning mengenai peel artis ini dan keluarganya yang dikatakan kaki kelentong, namun kawan Kak Nam, Mr Polan ni enggan mendengar cakap2 orang, takut orang berniat buruk ke atas artis ini. Tup tup, kena batang hidung sendiri...dahla duit perkhidmatan langsung tidak dibayar, diburukkan lagi nama Mr Polan yang berhempas pulas terguling guling menaikkan nama artis wanita yang sebelum ini di tahap "HADO' ini

.Tak cukup dengan itu, artis wanita yang cukup lemah gemalai percakapannya, menghasut yang lain-lain kononnya mampu menutup rezeki kawan Kak Nam yang sorang ni. Alahai....betullah cakap-cakap orang sebelum ini. Kak Nam tak nafikan artis ni memang cukup berbakat, tapi apa guna bakat yang tuhan beri kalau kita hidup menipu orang, dengki khianat dan langsung tak mengenang budi? Bawak-bawak la bertaubat, tak ke mana pun, industri ni kecil saja....selama ni, namanya yang HADO itu sekadar dipandang sebelah mata, kini, selepas dia mula meniti di bibir orang, sudah mula lupa diri.

Tambah Mr polan ni, bapak kepada artis ni siap salahkan anaknya mengenai duit-duit yang tidak dibayar, kononnya dia tidak tahu menahu. Masakan bapanya tak tahu mengenai duit keluar masuk, kebajikan orang yang bekerja dengan anak awak? Lagipun si bapak itu yang menjaga akaun si anak ini. Mati-mati si bapa ni salahkan anaknya dan si anak pula, terus saja berlagak baik. apakah? kan???






Nasihat Kak Nam, kalau artis macam ni baik berhenti saja menyanyi, nanti lama-lama sorang-sorang dalam industri seni ni awak sengat, tapi AWAS, kalau kena sengat balik tau-tau la bangun sediri selepas tergolek-golek dam dam dum. Kak Nam kenal betul dengan mr Polan ni, sudah lama dia dalam insustri, masakan yang setahun jagung ni mampu menggugat periuk nasinya. Wallahualam.

Isnin, 4 Oktober 2010

Lisa Surihani bakal ganti Misha Omar sebagai Dara? Persoalan dari sudut Geng Senah....

Betulkan primadona seni lakon abad baru, Lisa Surihani bakal menggantikan watak Dara yang dilakonkan Misha Omar dalam teater muzikal Uda dan Dara? Menurut Kak Normah dalam artikelnya dalam Berita Harian, desas-desus memang kuat sebegitu, Kak Senah juga bersetuju dengan pendapatnya yang Lisa mungkin dapat membawa watak Dara dengan lebih baik memandangkan lakonannya semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Misha pula memang dapat berlakon dengan baik namun betul, feel-nya sedikit kurang, semasa Senah sendiri pergi tonton teater itu.







    




                                     VS









Tapi Kak Senah ditanya 1 soalan oleh Kak Nam yang menyiku Kak  Senah ketika kami membaca suratkhabar tersebut iaitu, adakah Lisa dapat menyanyi dengan baik? sebab teater tu kan teater Muzikal. harap Kak Senah sendiri dapat jawapan dari Lisa ye? heheh tunggu....




Sazzy Falak mengandung anak kembar! Tahniah!

Dalam satu kesempatan ke Majlis Anugerah Haruman dan Wangian SASA di Sunway Pyramid baru-baru ini, Kak Senah bersembang dengan Sazzy Falak yang kelihatan semakin berseri.Wah....rupa-rupanya sedang berbadan dua ya....patutlah nampak semakin happy dan comel sangat.Tahniah kepada pasangan Sazzy dan Nazril ye...semoga dapat anak yang comel-comel, but dalam kes ni mungkin anak-anak yang comel kot sebab Senah difahamkan Sazzy sedang hamil anak kembar, wahhhhh sekali beranak dua orang terus ye?! Tahniah sekali lagi.









Ramai yang jeles dengan dagu Sazzy yang runcing tu, original ok!!
Comel kan?Sazzy semakin berseri sejak hamil







Antara selebriti yang hadir, Sazzy, Nazril dan Awal bersama orang kuat Sasa



Pasangan comel dan ideal sedang ditemuramah pengacara


Ahad, 3 Oktober 2010

Wajahmu di Mana-Mana

Lama pulak kak Senah  rasa tak mengepost sebarang cerita kali ni, taktau nak start yang mana satu sebab dah banyak sangat story nak cerita kat uols. Takpe2 uols nantikan ye? Kak Senah tengah mengarang nie...heheh...