Selasa, 2 November 2010

Glam Magazine's 20 most Glamorous Womens 2010

Hello uols! sorry lama tak update blog, BZ katanya! (Propah) apa apa pun Geng Senah berkesempatan pergi ke GLAM Magazine's 20 most glamorous womens 2010 Party di Celcius, Fahrenheit Bukit Bintang. Antara wanita glamour yang disenaraikan ialah Maya Karin, Sazzy Falak, Zahnita Dorothy Wilsom, Serena C, Cheryl Samad dan ramai lagi. HA! kepada yang diluar sana mengatakan Kak Senah ittew adalah seorang perempuan kampung atau dalam bahasa omputeh Villagers,  telahan anda serong dan menyimpang sama sekali. Geng Senah adalah golongan wanita Urban! hahahahaha gurau je. 


Layan gambar-gambar ini uols!


Barisan-barisan wanita Glam tahun ini.

Nurul, yang turut menghiburkan para tetamu malam itu

Bekas Ratu Malaysia, Deborah Priya, muncul pengacara.

Maya Karin nampak berisi sedikit ye? heheh tetap jelita

penyanyi, Iz Sulaini yang memenangi pakaian terbaik kategori lelaki malam itu, berkonsepkan bling-bling 60-an

Sazzy Falak tetap Vogue walaupun sedang berbadan dua

Rabu, 27 Oktober 2010

Dua Alam, Putar Alam! :P

Sorrylah Kak Senah skang ni pergi bercuti, dan dia minta Kak Nam yang updatekan blog nie, dah macam ada sesawang dah lama benau tak update! Kak Nam sekarang ni nak bercerita pasal filem Dua Alam yang adakan tayangan perdana baru baru ini. Kak Nam tak pergi sebenarnya, tapi Kak Senah pergi dah balik, macam ayam bertelur mulutnya pot pet dok bercerita dengan Kak Nam. Ikuti temubual ekslusif Kak Nam dan Kak Senah ini hehehe.

Kak Senah: aiiyoooo Naaaaammm! macam laha cerita Dua Alam tu, menyesal mak tengok!!!

Nam : Apa kes Nur?!

Senah : Dah la semua benda tak konti, si pompuan aka pondan tu asyik ke kelab pakai baju sama, dah la macam tu, MOTIF KAWIN KAT LONDON ADA POKOK KELAPA KAT BACKGROUND?!

Nam : Aiiyoooo apasal sampai macamn tu skali uolsss?!

Senah : Yelah, riuh satu panggung, kalau mak jadi DR Romzey, Rozmey....eyh...mana manalah, mak dah men-Sheeda-kan diri dah! ANGKAT KAKI!

Nam : Kenapa nyah buat filem macam tu? aiiyooo lagi lagi?!

Senah : Ramai wartawan dan blogger dok update twitter masa tayangan sedang berlangsung, live feed katanya, Akak ni tak sempat sebab mulut ternganga melihat kehazaban cerita ittew. patutnya tajuk filem tu : Flashback-Main sebab asyik flashback, dalam kubur dan adengan lucah.

Nam : Sampai tak 40 Juta? uols rasa?

Senah : 40 Juta rupiah adalah kot! DRR ni patutnya berniaga saja dan tak payahla jadi peniaga filem, diakan peniaga yang bijak, cuma bidang seni ni perlukan bakat. Filem tu patut diijadikan teladan, iaitu, JANGA PROPA...huhuh tapi taktaulah dia punya MLM punye pengikut akan spend berapa untuk tonton filem ni....huhuhuhu lagipun...MOTIF 40 JUTA? Rakyat Malaysia pun ada 20 Juta lebih je uols!

Sabtu, 16 Oktober 2010

Kerajaan Umum duti import 300 barangan berjenama dihapus! Huuuraaaahhh

Semalam sebenarnya Kak Nam takderlah menonton siaran langsung pembentangan Bajet 2010 oleh YAB Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak, namun Kak Nam tetiba mendapat sms dari rakan baik akak bertulis

"Ya Allah Nam! Mimpi kita dah jadi nyata! tak payah nak beli kat Petaling Street atau Sg Wang lagi beg-beg LV, Coach yang nan hado! Duti Import barangan berjenama dah dihapuskan!"


Kak Nam yang cukup meminati hanbag terus hampir pitam, rasa nak penampar kawan akak pun ada sebab ingatkan dia menipu...akak terus baca suratkhabar online, dan yes! its real!

Memetik teks ucapan Datuk Seri Najib :

“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, bola golf, barang kemas tiruan, bedak talkum, syampu, langsir, alas meja, selimut, cadar, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian termasuklah kelambu,” katanya. 


Banyak lagilah yang diumumkan, dan sememangnya pengumuman bajet kali ini bakal menggembirakan kaum wanita khususnya..tak percaya? bacalah artikel Berita Harian nie....Huuuraaaaahhh



Belasungkawa : Pelakon Yalal Chin Meninggal Dunia, Al-Fatihah


Pelakon yang terkenal dengan lakonan hebatnya dalam drama-drama tempatan, Yalal Chin disahkan telah meninggal dunia semalam (15 Oktober 2010). Mari sedekahkan Al Fatihah dan berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Takziah kepada keluarga Allahyarhan.

Rabu, 13 Oktober 2010

Kegirangan dan Tragedi 10/10/10

Maaflah Kak Senah lambat sket nak mengepost blog kali ni, al maklumlah musim kerja-kerja sudah bermula. Di kesempatan ni akak nak bercerita pasal perkahwinan selebriti dan artis pada 10/10/2010 ni, angka yang begitu unik sekali. Kak Senah cadangnya nak kawin tarikh tu jugak tapi takder calon sajork! Antara artis yang melangsungkan perkahwinan pada hari tersebut ialah Bienda dan pasangannya, yang berkahwin secara sederhana.

Hensem juga suami Bienda nie...heheh
Tak lepas diperkatakan tentunya perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor dan pasangannya, Datin Dr Halina Yunus yang dilangsungkan secara gilang gemilang, berkonsepkan kayangan...siap disiarkan di TV3 lagi upacaranya.

Perkahwinan Ala-ala kayangan angkasawan negara yang dilangsungkan gemilang


 Tak lupa juga yang turut melangsungkan perkahwinan pada hari itu ialah bekas penyanyi kumpulan Impression (ingat tak? dengan eizlan yusoff dan Norman Hakim dulu?!!) merangklap pengusaha bas ekspress, Datuk Sani Salleh dan pasangannya, Datin Dalilah Omar di Trengganu.

Kelas juga perkahwinan mereka ni...heheh Tahniah Datuk Sani Salleh dan pasangan.
Dan penyanyi yang dulu digosipkan dengan Datin Umie Aida, Aqasha kini sudah bergelar suami kepada Noor Baizura Mohd Sabri, dengan majlis yang serba kuning, termasuk persalinan kedua-dua mempelai yang mengundang cakap-cakap orang. Alah, takpelah kan, apa salahnya, nama pun raja sehari.

Sampai hari Aqasha sanggup tinggalkan Kak Senah untuk Baizura...heheheh gurau je.
Dalam pada kegembiraan menyambut hari bahagia pasangan-pasangan ini dan juga yang lain, ada juga tragedi berlaku pada hari ini, iaitu kemalangan bas ekspres di Lebuhraya Seremban yang cukup ngeri, mengorbankan lebih 10 nyawa. Mengucap panjang Geng Senah, manakan sangka, ajal maut di tangan tuhan. Takziah kepada keluarga mangsa dan marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada yang terkorban, semuga roh mereka dicucuri rahmat. Al- Fatihah, Amin.....

Ahad, 10 Oktober 2010

Filem Seram Terbaru Arahan Shamsul Yusuf, Meremang Bulu Romaku.

Terus terang Kak Senah katakan, hanya ada beberapa filem seram melayu yang betul2 boleh mencengkam jiwa akak, tapi kali ni nampaknya Shamsul Yusuff Haslam telah berjaya mencuri hati akak dengan trailer filem terbarunya, Khurafat.

Shamsul yang terdahulu pernah menerbitkan filem2 aksi dan cinta boz office nampaknya semakin matang melalui filem Khurafat ini, memang lari dari kepompong ayahnya yang terkenal dengan cerita cinta dan dialog-dialog yang agak baku.

Kak Senah harap filem terbaru Shamsul ini takkan dipenuhi efek bunyi yang tidak perlu, seperti yang terdapat dalam filem-filem seram tempatan yang lain, sebab kalau kita tengok, adegan yang sunyi dan "kosong" itu yang sebenarnya membuatkan kita tak senang duduk. Apa-apa pun tahniah Shamsul!

Jumaat, 8 Oktober 2010

Ragam artis di rumah terbuka Utusan Group (dan Blackberry??)

YES! open house Kak Senah memang tak pernah habis dan mungkin sampai bulan depan pun masih tak habis...heheh alhamdulillah.... baru-baru ni akak menerima undangan ke majlis rumah terbuka Utusan Group, yang diserikan dengan kehadiran artis-artis ternama tanah air. Entah kenapa Kak Senah rasa macam majlis rumah terbuka Blackberry juga, sebab semua orang sibuk dengan Blackbery masing-masing....hehehehehe

Apa-apa pun sila layankan gambar-gambar nie dan kira berapa BlackBerry yang ada!


Maya (Matahari), Maznah Zolkifli dan Haiza sedang bertukar-tukar blackberry Pin?

Hensem kan Fizo




Para jelitawan bersama Rozita Che Wan, sila lihat apa di tangan RCW dan Azza


Pelakon kacak, Syed Ali
Baca seterusnya untuk lebih gambar